
Lama jugak tak mengupdate blog tercinta nie, ermm maklumlah this week opis nak pindah ke jalan Ipoh, tu yg busy kemas2 barang kat opis nie.
ermm melihat Headline Blog gua kali nie "Angel & Airwaves" sebuah band baru yg ditubuhkan oleh bekas penyanyi Blink 182, Tom Bellonge. Bila kali pertama dengar lagu Dorang, The War tajuk dia, gua dah jatuh hati dgn Muzik dorang nie.
Lain dari Blink 182, dan kedengaran eksperimental susunan muziknya juga unik dan matang. Dari segi vokal Tom sendiri memang tak byk perbezaan tapi ada kelainan dlm band nie. Gua suka cara dia perform all the songs and its awsome!!
Graphic cover album dorang gak menarik, ala cam poster Starwars pon ada gak ekekeke, but i like it. Its Illustrations Looks and very artistic. Sesuai dgn nama band dorang Angel & Airwaves.
Korang try la dengar nie lagu The War, from Angel & Airwaves.
Nie wallpaper dorang kalo sapa2 nak leh klik ambik kat sini.
Angel & Airwaves (Tom Blink 182)
Tahun Baru Azam Baru???

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009, buat semua kengkawan yg kenal gua. Agak lama tidak mengupdate blog ini, almaklumlah gua cuti hampir 2 minggu, sebab company kasik cuti hiks2. Dan sebenarnya tahun baru ni, opis gua plak akan pindah ke Wisma Wira di Jalan Ipoh.
Ikutkan gua memang la tak suka, sebab lagik jauh dr opis PJ nie, tapi apa nk buat dah kena pindah kan so kenala gua kemas2 barang yg ada kat opis lama nie, utk dibawa ke opis baru. cuti selama dekat 2 minggu yg lepas gua balik kg, jumpa ayahnda dan bonda yg tercinta. seminggu jugaklah kat kampung, naik sanggap dibuatnya ahaks bosan asyik dok umah jer.
hari selasa 30hb gua balik semula ke KL, sambut new year kat KL, tapi hanya dok umah jer ahaks. tak chill mana2 pon, tah cam bosan jer nak kuar, mls nak tempoh jammed ngan crowd org kat KL. so dok layan TV jerlah pastu kol 12 tgh mlm dengar jer bunyi Mercun bising2 kat luar umah gua tu.
Bosan dok kat umah cuti new year tu p la jalan2 kat The Garden Mid Valley, pic kat atas nie gua bergambar kat GSC apantah yg mahal punya tuh ekslusif hiks, nampak cantik so saja dok pose pic kat situh.
Ha masa nie ngah dok nunggu masuk tayangan bermula, tempat dia memang klass la, harga tiket pon rm16, ermm sebab tempat duduk dia pon couple seat, leh adjust belakang kerusi tu bila sandar pon selesa tu jer la. Gua nengok citer The Day The Earth Stood Still, ingatkan best sgt la citer tuh, tp sampah jugak, tah apa2 tah citernya ahaks.
Sebelum p nengok wayang tu, gua sempat shopping kat Quiksilver, beli jam tangan dia and sebelum tu plak minggu lepas beli minyak wangi dia, leh tahan jugakla wangi, gua beli jam Quik harga around 6 lebih pastu dpt voucher rm100, hiks gua terus beli sandal reef harga rm99, so dptlah sandal free hiks. Alhamdulillah rezeki bulan nie murah, tu yg dpt beli jam tu. oklah gua nk sambung kerja, so Harap2 nanti tahun baru nie kita dpt sinar baru dan azam baru ok. chow!!
Sunday, January 4, 2009 | Posted by Transgression at 10:35 PM 1 comments
One Buck Short & Friends showcase

Jom pegik ramai2 Support our local band!!!
Sunday, December 21, 2008 | Posted by Transgression at 11:21 PM 0 comments
Rock The World 8 Awsome!!!!

Semalam Berlangsungnya KOnsert yg ditunggu - tunggu oleh gua, iaitu Rock The World 8, gua bertolak dari umah ngan zaff pukul 10.30 lebih kurang turun shah alam, ambik kawan zaff dulu tiga org, Napi and aweks dia and red. smp shah alam kenal2 ngan kawan zaff kitaorang pon bertolak menuju ke tapak konsert.
dlm kol 12.10 kitaorang smp kat area stadium merdeka tu, perghhhh ramai gila budak dah smp berkerumun nak masuk ke car park, iaitu kawasan konsert berlangsung. kitaorang terus carik parking and cepat2 beli tiket kat kaunter. Masa tu dah ada band yg perform, tapi band2 biasa la baru nak naik gua rasa.
Tapi yg kecewa sket dorang buat kat tempat yg kurang selesa sket, berbanding dgn Rock The World sebelumnya buat kat stadium. dah tu nak masuk kena berasak asak agak lama, security yg jaga plak muka ketat memanjang, adeh tension jerk. kalo tak pasal nk layan konsert takde gua sanggup berpanas berhujan. Sebab nk support local band lah gua dan kawan2 sanggup juga harung smlm.
Ha nielah kawan2 chill p konsert semalam dr kiri zaff, red, napi and aweks napi. Masa nie kitaorang ngah lepak kat luar, sambil cuci mata boring menunggu band yg tak bape popular lagu dorang, so tunggu la band yg kitaorang suka baru masuk dlm balik.
Erm nielah susana masa konsert berlangsung, kitaorang just enjoy the music rasanya masa nie band Upon Arrival ngah perform sebuah band Hardcore, yg pernah jd cover utk mag ROTTW.
awsome perfomance u guys rawk!!!
nie plak gua ngah lepak kepenatan melayan band2 yg tengah perform, perut lapa dan dahaga jgn dok citerlah,...huh.
Akhirnya penantian gua berhasil juga walaupon penat gila nak tunggu band Favourite gua nie perform "ONE BUCK SHORT", gua dh tak larat nak p depan, sebab crowd mcm org gila menari (Pogo) huh, rasa nk pitam, so gua snap pakai camera phone ambik kat screen besar tu pic Mooky penyanyi band nie.

Memang banyak band2 yg hebat2 mlm tu, antaranya Anothersite Ochestra, Bunk Face, Esterella, Revenge (Band Rock Kapak yg otai), The Times, koffin kanser,Estranged, Butterfingers penutup tirai band malam semalam korang memang awsome!!!
Sebelum balik kitaorang sempat la ambik pic kenangan utk mlm tu, u guys memang rock la best dpt kenal ngan korang, walaupon pangkat adik bg gua takde hal, janji korang matured thinking ahaks.
Ada rezeki kita lepak lagi....
Nielah cenderahati from Rock The World 8, T-shirt and Tag One Buck Short band.
Saturday, December 20, 2008 | Posted by Transgression at 11:43 PM 0 comments
Selamat Pengantin Baru (Abg Ber & Izani)
Ahad yg lepas, membe gua Abg ber (Zulhilmi) telah pon selamat diijabkabulkan dgn Izanie si cantek manis, yg bekerja disebuah syarikat lama gua Infusion Solution, Tahniah kat ko abg ber, gua tak tau plak bini ko izanie ID tu, ekekek apa2 pon aku ucapkan selamat manjalani kehidupan berumahtangga, Pengantin baru, moga2 berbahagia selalu, sehingga ke akhir hayat Insyaallah.
Minta maaf banyak2 aku tak dpt menghadirkan diri masa Kenduri kahwin ko, sebab gua kerja takde org back up nak gantikan kalo aku ambik cuti. thx for the invitation card.
So sebagai tanda kemaafan gua tak dpt hadir ke majlis tu, gua uploadkan pic kawen ko ekslusif dari blog gua nie.Thx tu Zaini jay(wan) sebab bagi pic nie utk gua kongsi kemeriahan persandingan nie untuk tatapan gua dan kawan2.
Bagai Pinang dibelah dua......
Semoga selamat selalu, berbahagia disamping isteri tercinta.
Tuesday, December 16, 2008 | Posted by Transgression at 12:19 AM 1 comments
Cicak Man (Sedih)

Baru2 nie gua turun pawagam lagik, berhasrat ingin melihat apakah yang dapat dipertontonkan dari Filem kedua Yusry KRU " CICAKMAN" , kalo rating 10 gua kasik 4 /10 jer utk filem nie.
Sorry to say gua tak impress dgn jalan cerita dia. oklah senang gua kasik kritikan utk filem nie..
Yg Tak Best:
1. Jalan citer tak strong
2. Effect CGI tak smooth ada babak yg very the kartun
3. RAMA, watak pompuan indon, (Perluker nk nyamar2, jadi org lain, pastu nama (AMAR), nama jantan, WTF!!...pastu mengilai ngalahkan mak lampir, aduhhhh sedih la, Kepak tu design perlu ke ambik kepak Rama - rama betul!!,...designer pon satu, logo RAMA tu dah cantek buat la sayap dia kaler silver mesti malatops.
4. Watak Aznil mcm tah hapa2 ntah, dialog tak strong langsung
5. Baju watak prof Klon very the KG!!!...
6. Watak Louisa Chong, tuh apa kejadahnya....aduhh migrain, (tiba2 ada tukang tilik plak)
7. Tempat underground Prof Klon, aduss plz la buat detail sket, kata pakai CGI
8. Stage Perdana Menteri berucap sedihhhh
9. Kete perisai ke apa ntah (Prof Klon),...dah mcm kete kebal jer gua nengok (design la best sket)
10. Watak mak pada armani langsung tak nampak orgnya, dah tu siap selubung dgn baju ujan apa tah, masa umah hairi terbakar (save budget pelakon ke?
11. Ending yg adoooooooo, memang sedih (RAMA mati tersangkut kepak kat batang keluli bawah tempat persembunyian Prof. Klon. (so simple DIE cenggitu.)
12. Story Board and storyline dlm citer nie, berterabur agaknya, Plz la kalo nk buat Filem aksi komedi, gua tak kisah sgt pasal CGI tu sumer, yg penting jalan citer it self mesti Strong.
13. Gua heran la kenapa "CICAKMAN" tu tak dibuat lidahnya sebagai weapon or senjata dia,...dah la memang takde gadjet or senjata kat dia. (Masa lawan ngan RAMA, tu kan boleh pakai lidah dia yg panjang tu untuk melawan, melilit mangsa, tapi takde........nampak sgt Watak tu tak detail betul2 tentang kekuatan superhero tu sendiri.
14. Pastu yg bunuh prof. Klon plak si dua ekor yg dah mati, jd hantu tolong bakar Prof. Klon....adusss....
15. Konon nak buat less comedy more action, tp actionnya macam kartun, adoooooo
16. ada lagik satu, sistem elektronik Prof. Klon lampu2 byk kala, tu Plz la nie zaman canggih ok, very the KG!!! sekali lagik....
Yg best sket:
1. Costume cicakman it self was ok
2. Costume RAMA dah cun marvelous
3. Watak Apek (Hairi) ok
4. Watak Amani as adik buta good
5. CGI effect api dua beradik jahat jd Hantu awsome!
6. Motor RAMA and gadjet dia pon awsome
tu jerk dari pandangan peribadi gua about this MOVIE, kalo korang tak caya sila lah menonton sendiri Filem nie, (utk kanak2 maybe depa suka, but for adult memang sedih......)
:(
Saturday, December 13, 2008 | Posted by Transgression at 11:20 PM 4 comments
Estranged (New Album), Chill at seremban and The Curve


Album "Estranged" bertajuk remain unknown telah pon berada dipasaran, dengan tidak memikir panjang gua terus mendapat album kedua dr band ini, ternyata lagu2 mereka tidak mengahampakan, susunan muzik lebih baik, serta matang dr "Estranged", aku suka cover album kedua dorang nie, very artistik and simbolisme. Keep in rockin guys!!
Estranged terdiri dr 4 org anak muda, yg membawa kelainan dr segi muzik mereka.
Hari Sabtu aritu gua myhousemate and my friends dr singapore yg turun kl and stay at my place chill p seremban, bukannya chill apa al kisahnya sidanny nk tukar kete dia dgn van parents dia ahaks. Coz his parents balik ke Padang Indonesia utk berhari raya haji disana. kami bertolak dlm pukul 12 tgh, dr KL,...but jalan so damn jam gila, tension jugaklah naik van si parents danny nie, adeh sakit pinggang gua dibuatnya. But yg bestnya dlm perjalanan, kami tak guna jlan biasa, sebab nak mengelakkan jam, si Danny guna jln shortcart bila dh smp area Nilai.
Memang best cantik pemandangan kampung kat sana. Umah parents danny kat Senawang, so chill la dlm perjalanan, sambil bwk kwn gua from singapore jln2 nengok N9. He so impress ngan umah2 kampung kat sana, hiks....maklumlah kat Singapore mana nk dpt nengok umah kampung org2 melayu.
dlm kol 2 ptg barulah smp diSenawang, lepak2 jap umah parents danny, then terus p mkn area senawang sebelum kami meneruskan perjalanan terus ke IKEA kl. Kitaorang terus menuju ke IKEA nengok barang2 terbaru from IKEA, gua adalah shopping Karpet kat sana ahaks cantek very nice design. tak caya nengok kat bwh nie.
Ha inilah dia Carpet from IKEA tuh ahaks, umah baru kemas cantek sket lah dgn lighting kat belakang tukan. kalo tak adoiii cam kapal pecah pon ada ahaks.
Ha nie masa chill kat The Curve, ahaks gua suka logo Oakley kat belakang tu, so saja la pose cam biasalahkan. Check it out my green shirt Quiksilver....:P
Nie masa kat dlm Van Danie, ngah bosan dok sorang2 kat dlm van tuh, adeh saja jer lah ambik self potret ha ha..ha...ensem ke?
chow dulu...
Monday, December 8, 2008 | Posted by Transgression at 12:20 AM 1 comments