Dlm jam 4.15, gua baru jer melangkah balik dr kedai mkn dgn opismate. Melihat langit sudah agak mendung, agak gelap, angin mula bertiup kencang. Gua ngan opismate terus berlari masuk ke lif menuju ke opis.
Tak sampai 5 minit, duduk dikerusi opis, langit serta merta gelap, Hujan mula turun dgn lebat selebatnya, guruh dan kilat sabung menyabung, berdentum bagaikan perang tercetus diluar. gua melihat kearah tingkap, memang tidak kelihatan apa2 kecuali gelap yg amat sgt. Hujan mencurah2 bagaikan air yg melimpah dr takungannya. sedang asyik melayan kerja, terdengar suara jeritan ditengah2 kensunyian, "guys take alook at your Car!!! raining is so heavy, Flood be coming,!!!!...jerit boss aku, kat sumer staff. gua cam rilex lg masa tu, memang dah nampak air naik, dekt paras moto scooter masih tahap selamat.
Kete yg parking kawasan rendah masa tu sikit2 ditelengami air, gua pegik solat asar kejap, dlm 10 minit kemudian, kawan2 opis menjerit air makin naik, selamatkan moto!!!, gua panik kejap, jengah kat luar what the fish!!!! tayar moto scooter gua dah tak nampak,...gua terus berlari, pakai selipar nagn opismate selamatkan scooter masing2. Dlm keadaan jam teruk, kereta, bas, lori sumer stuck dlm air!!...Ya Allah selamatkan aku dan scooter aku, aku tawakal redah hujan yg lebat, bukak kunci kat tayar blkg and depan yg dah pon ditelenggami air.
Alhamdulillah tindakan cepat aku, dapat selamatkan enjin moto dr dimasuki air. dlm gua menolak scoot, sempat menoleh belakang, kawan opis gua Andrew sedang berjalan menyusur ke tempat teduh dibawah opis, malang tak berbau, ada lubang besar dekat sebelah kaki lima yg ditutupi air, dia terjerubus masuk dlm lubang tu, Shit!!! budak2 sekolah yg ada kat situ menjerit!! gua memang tak dpt nk tolong masatu sebab tengah menolak scooter ke tempat selamat. Nasib baik andrew boleh bangun and terhencut hencut sket, segera ke tempat teduh. Memang ramai org selamatkan moto and kete mana yg sempat park kat divider jalan. Seluar gua paras lutut habis lencun, baju basah sebab kena hujan.
Malangnya kereta beberapa staff TMR tak dpt diselamatkan, akibat tindakan yg lambat disebabkan air hujan mencurah curah, laju meningkatkan paras air. Aku bersyukur, kerana sempat selamatkan scooter ku dari ditelengami air. Kejadian nie sememngnya satu pengalaman pahit, namun gua tahu ada hikmah disebalik semua kejadian. Gua nk ucap thx kat budak2 sekolah yg tolong gua, tarik scooter gua masa kecemasan td, kawan2 opis yg tolong selamatkan scooter gua td thx a lot.











Jln Ipoh Banjir!!! dkt opis gua!!!
Kalumpang Resort
Baru2 nie gua ngn kawan2 chill kat Kalompang Resort, pada mulanya hanya nk survey tempat nie terletak di Hulu Selangor. Tapi memandangkan perjalanan dr KL makan masa selama 1 jam untuk ketempat nie, gua ngan member terus bermalam di Kalumpang resort nie, tempat dia cantik, banyak chalet yg boleh disewa utk bermalam. Nasib kitaorang baik masih ada chalet yg muat 5 org masih kosong, so terus jer ambik rm150 satu mlm. cantek not bad, siap ada astro ahaks. kitaorang tak mandi sungai pon, sebab masa tu hujan, air sungai agak deras dan sedikit kotor.
Ramai Family bawak anak2 pegik bercuti kat Kalumpang nie, sebab kat sini macam2 ada. nak camping ada camping site, nk tracking, night walk, segalanya disediakan. Nk karaoke pon boleh, kalo ada company yg nk buat event kat sini memang inilah tempatnya, memang best. nk buat family day or what ever event. Pada sapa2 kaki pancing jangan risau sebab kolam utk memancing pon ada disediakan.
Suasana nyaman, rimba menghijau menyemarakkan semangat gua dan membe, lepak sambil chill usha pemandangan yg menarik disekitar kawasan resort nie. so korang leh la nengok pic yg tak seberapa kat bawah nie ahaks.









Sunday, March 1, 2009 | Posted by Transgression at 10:06 PM 1 comments
Scooter Berubah Wajah, petrosains?
Agak lama juga tak mengupdate blog nie, maklumlah agak busy dgn tugas2 diopis. nie just nak update scooter gua telah pon berubah wajah, all black cover set. seperti gambar dibwh.
ok pic nie gua dah letak sticker sket utk design scooter gua nie, pakai Fox Racing punya brand.Utk cover depan gua pakai Monster Energy, still dlm try and error, which design lebih better, maybe pasnie gua pakai semua Monster Energy kot, logo dia cool.







Petrosains? ala kat KLCC tu, ahaks sebenarnya minggu lepas gua teman anak housemate gua p Petrosains, Budak tu teringin sgt nk p, so gua pon ok jerla follow nk jugak nengok apa yg ada dlm petrosains tu, acctually mcm2 ada, ahaks, utk budak2 depa memang syokla disamping dapat timba ilmu sains kat situ. Bagi bapak budak ahaks for fun layan game F1 kat sana memang layan. and paling best Dino World dia, oklah banyak Dinosour2 Besau bergerak and mengaum hiks. korang nengoklah sendiri pic yg gua snap tuh.
Tuesday, February 10, 2009 | Posted by Transgression at 10:33 PM 2 comments
Ku Mohon Keampunan
Kumohon Keampunan
Dentuman Maut, memecah kesunyian,
Bedilan Meriam, mencari sasaran,
Petikan Picu, mencari habuan,
Suara tangisan, jelas kedengaran,
Retaknya dinding, Musnahnya kedamaian,
Runtuhnya benteng, mengundang kecelakaan,
Tubuhku sejuk, dimamah angin,
Tekak ku perit, menahan tusukan,
Sendi mencari temu,
Urat ingin bersatu,
Darah panas meronta ke jalanan,
Pandangan kabur diminta belas,
Kerdil aku menghitung detik,
Kebas dikaki, sungguh dibalas,
Kecil nadi ku, bergerak pantas,
Dilangit kumohon, tiada berbatas,
Hujankan rahmat, sekelian alam,
Saudara lemas, tanpa kasihan.
Puisi or sajak diatas ditulis oleh gua sendiri, Khas utk Para Saudara islam kita di GAZA amin.
Wednesday, January 28, 2009 | Posted by Transgression at 12:50 AM 1 comments
Old Office to New Office

Perghh nielah rupanya busy masa mlm terakhir 17hb 1 2009 haritu ngemas barang2 kat opis PJ. smp nak update blog pon agak terganggu sket, kena tunggu bahan and mood yg best baru boleh berkarya ahaks.
nie plak assistant kawan gua si eizwan ahaks, ngah tolong balut Monitor si Zefri, wawa and Kierul dok pose kat situ.
Nie la Team apa ntah yg tukang cabut meja2 work station gua. Baju Merah tu Siva boss keewangan gua....ahaks. Acctually bnyk kenangan jugakla kat opis PJ nie, dekat one 1/2 year kat sana, tup2 nak kena pindah kat jln ipoh plak. ermm rindu kat kat sana, hiks sana sunyi bila turun opis berbeza sgt ngan opis kat jalan ipoh yg sesak memanjang nie, but view ok la coz kat KL and dekat ngan town kan, leh chill...
Opis baru...nie la workstation gua, kat opis baru dijalan Ipoh!!...cool hek2.
Angel and Airways Desktop...
Nie view belah kanan table gua, hiks siap ada bendera Malaysia yg tak tahan tu, gua memang patriotik sungguh la!!...
Nie plak view belah kiri meja gua, tu ada One Buck Shortnya tag masa p rock the world aritu.
Nie view belah kiri environment opis gua. The girls tu Rajita designer cam gua gak, Mizan and zack konon2 poyo jer pose masa gua snap pic nie ahaks.
Nie view belah kanan, bhgn Data2 Bloomberg diedit oleh mr sapiq yg dok kat tengah tu, sebelah dia en Mail Photographer. Apa2 pon this new office cool and awsome. oklah cow dulu nk sambung kerja plak....adioss amigoss.
Tuesday, January 20, 2009 | Posted by Transgression at 12:50 AM 1 comments
Angel & Airwaves (Tom Blink 182)

Lama jugak tak mengupdate blog tercinta nie, ermm maklumlah this week opis nak pindah ke jalan Ipoh, tu yg busy kemas2 barang kat opis nie.
ermm melihat Headline Blog gua kali nie "Angel & Airwaves" sebuah band baru yg ditubuhkan oleh bekas penyanyi Blink 182, Tom Bellonge. Bila kali pertama dengar lagu Dorang, The War tajuk dia, gua dah jatuh hati dgn Muzik dorang nie.
Lain dari Blink 182, dan kedengaran eksperimental susunan muziknya juga unik dan matang. Dari segi vokal Tom sendiri memang tak byk perbezaan tapi ada kelainan dlm band nie. Gua suka cara dia perform all the songs and its awsome!!
Graphic cover album dorang gak menarik, ala cam poster Starwars pon ada gak ekekeke, but i like it. Its Illustrations Looks and very artistic. Sesuai dgn nama band dorang Angel & Airwaves.
Korang try la dengar nie lagu The War, from Angel & Airwaves.
Nie wallpaper dorang kalo sapa2 nak leh klik ambik kat sini.
Monday, January 12, 2009 | Posted by Transgression at 3:25 AM 0 comments
Tahun Baru Azam Baru???

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009, buat semua kengkawan yg kenal gua. Agak lama tidak mengupdate blog ini, almaklumlah gua cuti hampir 2 minggu, sebab company kasik cuti hiks2. Dan sebenarnya tahun baru ni, opis gua plak akan pindah ke Wisma Wira di Jalan Ipoh.
Ikutkan gua memang la tak suka, sebab lagik jauh dr opis PJ nie, tapi apa nk buat dah kena pindah kan so kenala gua kemas2 barang yg ada kat opis lama nie, utk dibawa ke opis baru. cuti selama dekat 2 minggu yg lepas gua balik kg, jumpa ayahnda dan bonda yg tercinta. seminggu jugaklah kat kampung, naik sanggap dibuatnya ahaks bosan asyik dok umah jer.
hari selasa 30hb gua balik semula ke KL, sambut new year kat KL, tapi hanya dok umah jer ahaks. tak chill mana2 pon, tah cam bosan jer nak kuar, mls nak tempoh jammed ngan crowd org kat KL. so dok layan TV jerlah pastu kol 12 tgh mlm dengar jer bunyi Mercun bising2 kat luar umah gua tu.
Bosan dok kat umah cuti new year tu p la jalan2 kat The Garden Mid Valley, pic kat atas nie gua bergambar kat GSC apantah yg mahal punya tuh ekslusif hiks, nampak cantik so saja dok pose pic kat situh.
Ha masa nie ngah dok nunggu masuk tayangan bermula, tempat dia memang klass la, harga tiket pon rm16, ermm sebab tempat duduk dia pon couple seat, leh adjust belakang kerusi tu bila sandar pon selesa tu jer la. Gua nengok citer The Day The Earth Stood Still, ingatkan best sgt la citer tuh, tp sampah jugak, tah apa2 tah citernya ahaks.
Sebelum p nengok wayang tu, gua sempat shopping kat Quiksilver, beli jam tangan dia and sebelum tu plak minggu lepas beli minyak wangi dia, leh tahan jugakla wangi, gua beli jam Quik harga around 6 lebih pastu dpt voucher rm100, hiks gua terus beli sandal reef harga rm99, so dptlah sandal free hiks. Alhamdulillah rezeki bulan nie murah, tu yg dpt beli jam tu. oklah gua nk sambung kerja, so Harap2 nanti tahun baru nie kita dpt sinar baru dan azam baru ok. chow!!
Sunday, January 4, 2009 | Posted by Transgression at 10:35 PM 1 comments
