Teratak Ayahnda dan Bonda

"Assalamualaikum,....daun pintu umah gua ditolak, terpancar wajah ibunda menguntum senyum tatkala melihat anakndanya pulang ke kampung. sambil gua mencium tangan bonda, bertanyakan kesihatannya, Alhamdulillah bonda menjawab "sihat Alhamdulillah".

Buat gua tersenyum, selang beberapa minit, deruman moto ayahnda memecah kesunyian perkarangan umah. Kusambut tangannya kucium ikhlas sambil menguntumkan senyuman mesra, kepada ayahnda tercinta.....

Jumaat lepas gua, balik kampung tercinta, mana lagik kalau bukan diKampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar Perak. Agak lama tidak pulang ke Kampung, dikesempatan cuti yg ada, gua manfaatkanlah sebaik mungkin utk menziarahi ayahnda bonda dikampung. Gua sempat berjumpa kawan baik masa sekolah dulu, kebetulan dia sudah pon bekerja di Ipoh, dan menetap dikuala. Chill ngan membe baik zaman sekolah dulu, memang banyak yg diperkatakan.Bercerita mengenai kehidupan masing2 kini.

Bandar Kuala Kangsar, semakin pesat membangun, sekitar tepi sungai dekat umah gua, Kerajaan negeri sedang sibuk membangunkan pusat peranginan tak silap gua, kini masih dalam pembinaan.

Dirumah kampung seperti biasa, masakan bondalah yg ditunggu - tunggu, Tomyam campur adalah kemestian bila gua pulang ke kampung, Bonda memang tau masakan kegemaran gua :). Soalan cepu emas, seperti biasa bila gua pulang ke Kampung...begini bunyinnya..."Kamu takde berkawan ke di KL tu"...."Anak sedara belah abah, baya kamu sumer dah beranak pinak, nie kawan adik kamu pon nak kahwin minggu depan nie. Seperti yg kujangka, soalan cepu emas ini pasti menghantui diri gua. Ahaks gua hanya memberikan sekuntum senyuman, kepada bonda, dengan selamba menjawab, "Kawan2 tu ramai, yg bertahta di hati belum ditemui lagi",....

Alasan yg lebih kukuh, gua ckp duit tak cukup lagik, ekekekek. Gua tak nak lah jd mcm setengah kawan2 gua, sanggup pinjam bebelas ribu semata - mata nak kawin. Sok anak2 dah besar Hutang kawin pon belum abis bayar lagik, ekekekek.

Kesempatan berada dikampung juga, gua dapat snap beberapa pic untuk tatapan kawan2 yg masuk ke blog nie, disebabkan landskap dirumah bonda, penuh dgn pokok2 yg hijau serta menyergarkan mata dan udara, so gua tangkap pakai kamera handphone saja...hiks.
Ada view dari dalam bot Penambang tu masa gua pegik jalan2 kat bandar kuala. Empat hari di Kampung, sememangnya tenang dan pastinya gembira bila kita disamping ayahnda dan bonda tercinta. Semoga Ayahnda dan Bonda, sentiasa sihat dan Doa daku semoga sentiasa dibawah rahmat yg esa. Amin.
















Jln Ipoh Banjir!!! dkt opis gua!!!

Dlm jam 4.15, gua baru jer melangkah balik dr kedai mkn dgn opismate. Melihat langit sudah agak mendung, agak gelap, angin mula bertiup kencang. Gua ngan opismate terus berlari masuk ke lif menuju ke opis.

Tak sampai 5 minit, duduk dikerusi opis, langit serta merta gelap, Hujan mula turun dgn lebat selebatnya, guruh dan kilat sabung menyabung, berdentum bagaikan perang tercetus diluar. gua melihat kearah tingkap, memang tidak kelihatan apa2 kecuali gelap yg amat sgt. Hujan mencurah2 bagaikan air yg melimpah dr takungannya. sedang asyik melayan kerja, terdengar suara jeritan ditengah2 kensunyian, "guys take alook at your Car!!! raining is so heavy, Flood be coming,!!!!...jerit boss aku, kat sumer staff. gua cam rilex lg masa tu, memang dah nampak air naik, dekt paras moto scooter masih tahap selamat.

Kete yg parking kawasan rendah masa tu sikit2 ditelengami air, gua pegik solat asar kejap, dlm 10 minit kemudian, kawan2 opis menjerit air makin naik, selamatkan moto!!!, gua panik kejap, jengah kat luar what the fish!!!! tayar moto scooter gua dah tak nampak,...gua terus berlari, pakai selipar nagn opismate selamatkan scooter masing2. Dlm keadaan jam teruk, kereta, bas, lori sumer stuck dlm air!!...Ya Allah selamatkan aku dan scooter aku, aku tawakal redah hujan yg lebat, bukak kunci kat tayar blkg and depan yg dah pon ditelenggami air.

Alhamdulillah tindakan cepat aku, dapat selamatkan enjin moto dr dimasuki air. dlm gua menolak scoot, sempat menoleh belakang, kawan opis gua Andrew sedang berjalan menyusur ke tempat teduh dibawah opis, malang tak berbau, ada lubang besar dekat sebelah kaki lima yg ditutupi air, dia terjerubus masuk dlm lubang tu, Shit!!! budak2 sekolah yg ada kat situ menjerit!! gua memang tak dpt nk tolong masatu sebab tengah menolak scooter ke tempat selamat. Nasib baik andrew boleh bangun and terhencut hencut sket, segera ke tempat teduh. Memang ramai org selamatkan moto and kete mana yg sempat park kat divider jalan. Seluar gua paras lutut habis lencun, baju basah sebab kena hujan.

Malangnya kereta beberapa staff TMR tak dpt diselamatkan, akibat tindakan yg lambat disebabkan air hujan mencurah curah, laju meningkatkan paras air. Aku bersyukur, kerana sempat selamatkan scooter ku dari ditelengami air. Kejadian nie sememngnya satu pengalaman pahit, namun gua tahu ada hikmah disebalik semua kejadian. Gua nk ucap thx kat budak2 sekolah yg tolong gua, tarik scooter gua masa kecemasan td, kawan2 opis yg tolong selamatkan scooter gua td thx a lot.













Kalumpang Resort

Baru2 nie gua ngn kawan2 chill kat Kalompang Resort, pada mulanya hanya nk survey tempat nie terletak di Hulu Selangor. Tapi memandangkan perjalanan dr KL makan masa selama 1 jam untuk ketempat nie, gua ngan member terus bermalam di Kalumpang resort nie, tempat dia cantik, banyak chalet yg boleh disewa utk bermalam. Nasib kitaorang baik masih ada chalet yg muat 5 org masih kosong, so terus jer ambik rm150 satu mlm. cantek not bad, siap ada astro ahaks. kitaorang tak mandi sungai pon, sebab masa tu hujan, air sungai agak deras dan sedikit kotor.

Ramai Family bawak anak2 pegik bercuti kat Kalumpang nie, sebab kat sini macam2 ada. nak camping ada camping site, nk tracking, night walk, segalanya disediakan. Nk karaoke pon boleh, kalo ada company yg nk buat event kat sini memang inilah tempatnya, memang best. nk buat family day or what ever event. Pada sapa2 kaki pancing jangan risau sebab kolam utk memancing pon ada disediakan.

Suasana nyaman, rimba menghijau menyemarakkan semangat gua dan membe, lepak sambil chill usha pemandangan yg menarik disekitar kawasan resort nie. so korang leh la nengok pic yg tak seberapa kat bawah nie ahaks.












Scooter Berubah Wajah, petrosains?

Agak lama juga tak mengupdate blog nie, maklumlah agak busy dgn tugas2 diopis. nie just nak update scooter gua telah pon berubah wajah, all black cover set. seperti gambar dibwh.

ok pic nie gua dah letak sticker sket utk design scooter gua nie, pakai Fox Racing punya brand.Utk cover depan gua pakai Monster Energy, still dlm try and error, which design lebih better, maybe pasnie gua pakai semua Monster Energy kot, logo dia cool.



















Petrosains? ala kat KLCC tu, ahaks sebenarnya minggu lepas gua teman anak housemate gua p Petrosains, Budak tu teringin sgt nk p, so gua pon ok jerla follow nk jugak nengok apa yg ada dlm petrosains tu, acctually mcm2 ada, ahaks, utk budak2 depa memang syokla disamping dapat timba ilmu sains kat situ. Bagi bapak budak ahaks for fun layan game F1 kat sana memang layan. and paling best Dino World dia, oklah banyak Dinosour2 Besau bergerak and mengaum hiks. korang nengoklah sendiri pic yg gua snap tuh.

Ku Mohon Keampunan







Kumohon Keampunan


Dentuman Maut, memecah kesunyian,

Bedilan Meriam, mencari sasaran,

Petikan Picu, mencari habuan,

Suara tangisan, jelas kedengaran,

Retaknya dinding, Musnahnya kedamaian,

Runtuhnya benteng, mengundang kecelakaan,


Tubuhku sejuk, dimamah angin,

Tekak ku perit, menahan tusukan,

Sendi mencari temu,

Urat ingin bersatu,

Darah panas meronta ke jalanan,

Pandangan kabur diminta belas,


Kerdil aku menghitung detik,

Kebas dikaki, sungguh dibalas,

Kecil nadi ku, bergerak pantas,

Dilangit kumohon, tiada berbatas,

Hujankan rahmat, sekelian alam,

Saudara lemas, tanpa kasihan.


Puisi or sajak diatas ditulis oleh gua sendiri, Khas utk Para Saudara islam kita di GAZA amin.


Old Office to New Office















Perghh nielah rupanya busy masa mlm terakhir 17hb 1 2009 haritu ngemas barang2 kat opis PJ. smp nak update blog pon agak terganggu sket, kena tunggu bahan and mood yg best baru boleh berkarya ahaks.















nie plak assistant kawan gua si eizwan ahaks, ngah tolong balut Monitor si Zefri, wawa and Kierul dok pose kat situ.















Nie la Team apa ntah yg tukang cabut meja2 work station gua. Baju Merah tu Siva boss keewangan gua....ahaks. Acctually bnyk kenangan jugakla kat opis PJ nie, dekat one 1/2 year kat sana, tup2 nak kena pindah kat jln ipoh plak. ermm rindu kat kat sana, hiks sana sunyi bila turun opis berbeza sgt ngan opis kat jalan ipoh yg sesak memanjang nie, but view ok la coz kat KL and dekat ngan town kan, leh chill...















Opis baru...nie la workstation gua, kat opis baru dijalan Ipoh!!...cool hek2.















Angel and Airways Desktop...















Nie view belah kanan table gua, hiks siap ada bendera Malaysia yg tak tahan tu, gua memang patriotik sungguh la!!...















Nie plak view belah kiri meja gua, tu ada One Buck Shortnya tag masa p rock the world aritu.















Nie view belah kiri environment opis gua. The girls tu Rajita designer cam gua gak, Mizan and zack konon2 poyo jer pose masa gua snap pic nie ahaks.















Nie view belah kanan, bhgn Data2 Bloomberg diedit oleh mr sapiq yg dok kat tengah tu, sebelah dia en Mail Photographer. Apa2 pon this new office cool and awsome. oklah cow dulu nk sambung kerja plak....adioss amigoss.