Semalam semuanya jadi kenyataan, apabila gua akhirnya memiliki game Terhebat abad ini PS3 from Sony. Alhamdulillah berkat kesabaran yg ada, tercapai jua hajat memiliki PS3 ini. Baru ada dua game, game Boxing and Pirates the Carribean, so far so good, byk aplikasi yg menarik didalam PS3 nie, aku kagum dgn function nya yg pelbagai, disamping dpt main game, letak lagu, chat, Online Internet, Nengok DVD, VCD and macam2 lagiklah. Alhamdulillah Syukur. riadah dirumah ekekekekek


PS3 Finally is Mine
Birthday Abg Botak
Birthday budak opis gua, abg botak nie aka eizwan/eizwanie ekekekek, wawa kawan baik sieizwan nie yg rancang buat suprise party utk abg bot, gua hanya tolong jer, bulan lepas Birthday mamat nie, tah bape hb aku pon tak ingat wakakkakakaka. Anyway walaupon ko tak banjer gua birthday ko abg bot, aku ucapkan Happy Birthday ko dah tua dah, bila nk kawen, susah2 tu ambik je wawa tu ekekekekek. susah2 dia buat suprise party utk abg bot, from KK lagik turun, walaupon pic aku satu haram pon takde kan, korang tangkap pic kawan2 korang jer, sedih gua,...sob...sob..eekekek takde ah chill aa.
Thx to wawa too, coz invite me dalam suprise party abg bot nie, thx for the Kek too. walaupon ringkas, but tetap menjadikan.




Monday, May 4, 2009 | Posted by Transgression at 11:56 PM 0 comments
Lamanya tk Update!!

HI sorrylah lama gila gua tak update Blog nie, naik bersarang dah kot wakkakakak. Ramai jugak kawan2 tanya apasal tak update blog?, ermm jawapanya tentu mudah, GUA busy kerja bro!!. lagipon takde citer yg menariks nak dikongsikan bersama so, gua pon cam malas jer nk bubuh story mory kat sini. Everyday tumpuan kat tempat kerja, Perah otak mengeluarkan idea kreatif smp lebam, naik kuning pala otak gua nie, menanah nk mengeluarkan idea2 baru serta segar utk memantopkan hasil2 karya seni gua ditempat kerja. ekekekekee.
Pic kat atas nie, baru saja gua update letak design baru Transgression utk Blog gua nie, konsepnya macam biasa....semuanya berkait dgn kehidupan gua seharian. sama2lah kita fikirkan apakah simboliknya gambar yg tertera diatas. adios amigos
Wednesday, April 29, 2009 | Posted by Transgression at 12:01 AM 0 comments
Chamang TMR Trip
3/4/2009, team TMR sekali lg gua budak2 opis TMR and kawan2 pegik camping 2hari 1mlm di Chamang, Bentong Pahang. Bertolak dr KL lebih kurang pukul 11pg smp di Chamang 11.45 tgh lebih kurang la. Antara aktivitinya disana :
1. Dirikan Khemah dekat tapak perkhemahan p2
2. Dirikan atap untuk menutupi tempat bakar baber que
3. Carik kayu api, sekitar kawasan hutan, untuk bakar bahan2 yg telah pon dibawa
4. Petang mandi sungai smp lebam...pastu rehat sambil isap okok
5. Dah nk maghrib baru start bakar ayam dan sotong, sosej, Daging Burger
6. Kenyang lepak kat luar khemah, chill sambil sembang2 serta ada petikan gitar
7. Mlm sket aktiviti masak maggie, buat air Nescafe (ada yg dah tido dlm khemah)
8. Aktiviti bermain mercun, ahaks gua bawak dr umah
9. Yg best gua, izwan and syafiq tido kat atas tikar bertiga kat luar (Kepanasan dlm Khemah.
10. Tak pdt tido, nyamuk, bunyi ranting jatuh, semut, lipas, segala ada kat luar khemah tu membuatkan gua and kawan2 tak lena tidur.
11. Chill isap rokok, sambil memaksa mata untuk lena...
12. Entiti dikesan oleh kawan2 gua yg tido dlm khemah, bunyian merdu suara wanita mendayu dayu.....very the scary mary
13. Ngauman binatang dibelakang belukar dekat khemah kitaorang.
14. Pagi2 dh terjaga, ada yg p melabur dulu, kemas barang2 khemah
15. Mandi sungai smp lebam....sebelum packing sumer brg pulang ke KL.














Sunday, April 5, 2009 | Posted by Transgression at 2:03 AM 2 comments
Blog Relayout
ASSALAMUALAIKUM, GUA TENGAH MENGUPDATE NEW TEMPLATE AND DESIGN SO HOPE AKAN CEPAT SIAP, HIKS SEE ALL OF YOU SOON.
Sunday, March 29, 2009 | Posted by Transgression at 6:31 AM 1 comments
Kawan Opis Wedding (Abg Khai)
22/3/2009, merupakan hari bersejarah buat opis mate gua, kierul telah pon diijabkabulkan dgn isterinya Rohaida, Tahniah buat abg Kierul (hieshhhh) muekekeek, gua ngan budak2 opis smp umah kierul dlm pukul 2.40 tak silap lebih kurang, salam ngan ayahnda kierul, huluq sket sampul sambil memeberikan senyuman ikhlas serta berbau ingin mencekik nasi minyak umah kierul wakakakaka.
Ramai juga jemputan, disamping dendangan lagu rock!! kapak yg diutarakan utk memeriahkan majlis, ahaks tak sangka anak pak ustaz kawen ada lagu rock!! caya la abg khai, muekekek, sampai bawah kanopi tempat hidangan, gua tercari2 abg khai, ternyata segak berbaju hijau pokok pisang disamping isteri tercinta menguntum senyum menyambut kedatangan kami. Jelas wajah yg teramat ceria diwajah abg khai, menyambut kami bersama isteri menggengam tangan dibelakang. Usik mengusik apabila sudah seminggu abg khai cuti, menjadi gurauan kami bersama pabila bertemu.
Isteri abg khai, Rohaida tersenyum manis tersipu malu, bila disapa oleh salah seorang dari kami. Gua dan kawan tak buang masa, sambil menjeling hidangan nasi minyak yg terhidang, menusuk hidung seakan memanggil utk dijamah. Ternyata memang sedap masakan Catering Zulja yg khas diimport oleh abg Khai utk majlis kendurinya.Abg botak aka Eizwan tambah 2 kali ahaks, well biasa lakan. Gua dan rakan2 yg lain hanya mengisi perut utk sekali, segan nk tambah katanya muekekke.
Dikesempatan yg ada, gua sempatla bergambar dgn Abg Khai dan isteri,utk kenangan serta bersama - sama kawan opis yg lain. Akhir kata, buat Abg khai dan Isteri moga2 Berbahagia hingga ke Akhir hayat. Amin Tahniah sekali lagi dr gua. 29hb nie jgn lupa masuk opis balik ok, muekekekek. Kat bawah nie, adalah sedikit kenangan hasil dr kamera handphone gua, walaupon tak mahal, tp cukup utk ditatapi bersama. :)






Sunday, March 22, 2009 | Posted by Transgression at 3:32 AM 1 comments
Teratak Ayahnda dan Bonda
"Assalamualaikum,....daun pintu umah gua ditolak, terpancar wajah ibunda menguntum senyum tatkala melihat anakndanya pulang ke kampung. sambil gua mencium tangan bonda, bertanyakan kesihatannya, Alhamdulillah bonda menjawab "sihat Alhamdulillah".
Buat gua tersenyum, selang beberapa minit, deruman moto ayahnda memecah kesunyian perkarangan umah. Kusambut tangannya kucium ikhlas sambil menguntumkan senyuman mesra, kepada ayahnda tercinta.....
Jumaat lepas gua, balik kampung tercinta, mana lagik kalau bukan diKampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar Perak. Agak lama tidak pulang ke Kampung, dikesempatan cuti yg ada, gua manfaatkanlah sebaik mungkin utk menziarahi ayahnda bonda dikampung. Gua sempat berjumpa kawan baik masa sekolah dulu, kebetulan dia sudah pon bekerja di Ipoh, dan menetap dikuala. Chill ngan membe baik zaman sekolah dulu, memang banyak yg diperkatakan.Bercerita mengenai kehidupan masing2 kini.
Bandar Kuala Kangsar, semakin pesat membangun, sekitar tepi sungai dekat umah gua, Kerajaan negeri sedang sibuk membangunkan pusat peranginan tak silap gua, kini masih dalam pembinaan.
Dirumah kampung seperti biasa, masakan bondalah yg ditunggu - tunggu, Tomyam campur adalah kemestian bila gua pulang ke kampung, Bonda memang tau masakan kegemaran gua :). Soalan cepu emas, seperti biasa bila gua pulang ke Kampung...begini bunyinnya..."Kamu takde berkawan ke di KL tu"...."Anak sedara belah abah, baya kamu sumer dah beranak pinak, nie kawan adik kamu pon nak kahwin minggu depan nie. Seperti yg kujangka, soalan cepu emas ini pasti menghantui diri gua. Ahaks gua hanya memberikan sekuntum senyuman, kepada bonda, dengan selamba menjawab, "Kawan2 tu ramai, yg bertahta di hati belum ditemui lagi",....
Alasan yg lebih kukuh, gua ckp duit tak cukup lagik, ekekekek. Gua tak nak lah jd mcm setengah kawan2 gua, sanggup pinjam bebelas ribu semata - mata nak kawin. Sok anak2 dah besar Hutang kawin pon belum abis bayar lagik, ekekekek.
Kesempatan berada dikampung juga, gua dapat snap beberapa pic untuk tatapan kawan2 yg masuk ke blog nie, disebabkan landskap dirumah bonda, penuh dgn pokok2 yg hijau serta menyergarkan mata dan udara, so gua tangkap pakai kamera handphone saja...hiks.
Ada view dari dalam bot Penambang tu masa gua pegik jalan2 kat bandar kuala. Empat hari di Kampung, sememangnya tenang dan pastinya gembira bila kita disamping ayahnda dan bonda tercinta. Semoga Ayahnda dan Bonda, sentiasa sihat dan Doa daku semoga sentiasa dibawah rahmat yg esa. Amin.














Monday, March 9, 2009 | Posted by Transgression at 11:33 PM 1 comments