GERMANY VS SPAIN

GERMANY go to FINAL!! VS (RUSSIA or SEPANYOL)

GOL!!!!! Inilah gaya Bastian Schweinsteiger, telah menyamakan kedudukan setelah 4 minit jaringan Turkey, mendahului namun hanya bertahan 4 minit shj giliran penyokong2 Germany bersorak kegembiraan meraikan Gol penyamaan Bastian Schweinsteiger, hasil lorongan dari Podolsky ke tengah disambut dengan begitu sempurna apabila menguis bola menerjah masuk ke jaring, tertewasnya penjaga gol Turkey.













Bastian Schweinsteiger menyamakan kedudukan 1-1 Germany vs Turkey
















Klose telah memberikan Germany mendahului selama 7 minit, sebelum Turkey menyamakan kedudukan 2-2 sama, ketika perlawanan berbaki 15 minit sebelum wisel penamat.















LAHM meraikan gol kemenangan Germany bersama rakan sepasukan Ballack dan seorang lagi pemain pertahanan germany.

Heroes of Germany is LAHM, apabila berjaya meledak satu tendangan yg begitu sempurna, setelah berjaya melepasi pertahanan pemain2 Turkey, Hasil lorongan bola dari tengah padang, LAHM tidak mensia siakan peluang yg terhidang, seterusnya menghukum pertahanan Turkey yg sedikit alpa, seterusnya memberikan KEMENANGAN kepada Germany. Tahniah Germany!!

Tahniah juga buat pasukan Turkey, kerana telah mempamerkan satu aksi permainan yg begitu menarik, berjaya mendahului pasukan German pada seketika, Ahmad Altimtop menjadi duri dalam daging kepada pasukan german telah berjaya merobek pertahanan german serta mengkucar kacirkan rentak permainan pemain2 germany. Ini adalah kerana beliau adalah pemain kelab Bayern Munich, rata2 pemain germany adalah Pemain kelab yg sama iaitu Bayern Munich. Namun rentak permainan pasukan german berubah apabila separuh masa kedua, kerana menyedari Turkey bukanlah calang2 pasukan yg mampu diperkotak katikan oleh pasukan germany.

Secara peribadi, gua tengok germany tidak bermain 100% dalam perlawanan pagi tadi, ini kerana, menyangkakan pasukan Turkey bukanlah pasukan pilihan serta banyak pemain2 tunggak Utama Turkey dilanda kecederaan serta layangan kad, yg membuatkan mereka tidak dapat diturunkan pada perlawanan separuh Akhir.

EURO 2008














Euro 2008 telah pon bermula, ermm aku nie minat bola jugak, lagi2 kalo perlawanan besar cam euro nie. Aku kerja malam balik umah dalam 12.30tgh mlm smp umah terus boleh layan bola, hiks....















Inilah Favourite Team gua Netherlands (Belanda) paling best baru2 nie Belanda membenam Italy 3-0 ahaks Team bekas juara Dunia tu tak dapat mengekang kemaraan pasukan belanda yg jauh bermain lebih baik. Belanda dapat mendominasi bahagian tengah berjaya mengkucarkacirkan barisan pemain italy sekali gus dapat merencanakan gol yg begitu sempurna. Nistelrooy adalah penjaring gol pertama, walaupon golnya itu dibantah oleh pemain2 Italy kerana didakwa beliau berada dalam kawasan offside, namun gol itu dikira oleh pengadil dan mengesahkan gol itu milik Belanda!!!.














Gua minta maaflah kat peminat2 pasukan Italy, Belanda jauh lebih baik bermain pada perlawanan pagi tu, ketiadaan Canavaro merupakan ketua pasukan Italy sedikit sebanyak telah menampakkan sumbangnya langkah permainan Italy, menyebabkan Belanda mengambil kesempatan itu utk menghukum Italy dgn 3 - 0.













Nie pasukan kedua Favourite gua iaitu Germany. Germany berjaya menumpaskan Poland 2- 0 kalau tak silap gua. Tahniah germany!!















Dan inilah pasukan Favourite ketiga gua Portugal!!!!...telah memenangi perlawanan pertama, lawan ngan turkey 2 - 0 and yesterday Portugal telah menundukkan Chech Rebuplic 3 - 1, tahniah Portugal!!

Mosqito vs Helmet vs Goggle vs Glove
































Inilah dia target gua next month, nak angkat scooter Mosqito nie hiks. Ermm nie my dream dari dulu lagik, nak pakai helmet fullface bike extreme tu, and goggle oakley smart siot. Goggle oakley gua dah beli dah lebih kurang design kat pic tu, ermm tinggal helmet ngan moto jerk lagik, insyaallah next month dapat lah insyaallah dgn izinya. Lesen pon baru nak buat ahaks kelako betul, padahal dulu dah ada dah,...tapi tak renew abis cenggitu jerk,....takpe nextweek gua settle Lesen, pastu leh merempit p kerja ngan scooter baru. :)........glove...ermm ofcourse FOX takpe next week jugak aku dapatkan...barulah careeeeeeeee!!! ekekek. oklah nak sambung wat keje chow!!

Long Khong 2, Album....















Last saturday, gua, Danie, zaff and Mr. Fred watching Long Khong 2, prequal from Long Khong, not bad, but still like the first one. Sambil nak menunggu masuk, sempat la bergambar ngan Wall-e nie cute jerk robot nie, so gua saja la suruh zaff take my pic use their new phone,..ahaks thx the pic zaff.















Ermm sabtu pagi kitaorang g jenjalan kat Mid Valley, coz gua shopping kat quiksilver ahaks, finally i bought a new shoes from quiksilver, puas hati dah shopping jenjalan kat midvalley bosan terus p melalak kat KTV tempat baru katanya, nice design and upgrade the system cool!. Melalak ada lah dlm 2 jam, Mr. Fred dgn baik hati belanja!,..thx bro...habis jerk melalak jln2 kat ampang park masuk kedai jual cd lagu, ermm ternampak plak album Faizal Tahir...terus gua beli ahaks gua suka suara dan muzik dia dlm album nie, Fantastic u rockk Faizal Tahir!!! support local artist ok!!. ahaks. ermm malangnya pic kasut baru gua, tak dpt nak masukkan dlm nie coz take the pic use Mr.Fred punya phone,..takpe nanti depa dah send gua upload kat sini nanti,..oklah gua nak sambung keje...nak main CS ahaks War!!! chow