Teratak Ayahnda dan Bonda

"Assalamualaikum,....daun pintu umah gua ditolak, terpancar wajah ibunda menguntum senyum tatkala melihat anakndanya pulang ke kampung. sambil gua mencium tangan bonda, bertanyakan kesihatannya, Alhamdulillah bonda menjawab "sihat Alhamdulillah".

Buat gua tersenyum, selang beberapa minit, deruman moto ayahnda memecah kesunyian perkarangan umah. Kusambut tangannya kucium ikhlas sambil menguntumkan senyuman mesra, kepada ayahnda tercinta.....

Jumaat lepas gua, balik kampung tercinta, mana lagik kalau bukan diKampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar Perak. Agak lama tidak pulang ke Kampung, dikesempatan cuti yg ada, gua manfaatkanlah sebaik mungkin utk menziarahi ayahnda bonda dikampung. Gua sempat berjumpa kawan baik masa sekolah dulu, kebetulan dia sudah pon bekerja di Ipoh, dan menetap dikuala. Chill ngan membe baik zaman sekolah dulu, memang banyak yg diperkatakan.Bercerita mengenai kehidupan masing2 kini.

Bandar Kuala Kangsar, semakin pesat membangun, sekitar tepi sungai dekat umah gua, Kerajaan negeri sedang sibuk membangunkan pusat peranginan tak silap gua, kini masih dalam pembinaan.

Dirumah kampung seperti biasa, masakan bondalah yg ditunggu - tunggu, Tomyam campur adalah kemestian bila gua pulang ke kampung, Bonda memang tau masakan kegemaran gua :). Soalan cepu emas, seperti biasa bila gua pulang ke Kampung...begini bunyinnya..."Kamu takde berkawan ke di KL tu"...."Anak sedara belah abah, baya kamu sumer dah beranak pinak, nie kawan adik kamu pon nak kahwin minggu depan nie. Seperti yg kujangka, soalan cepu emas ini pasti menghantui diri gua. Ahaks gua hanya memberikan sekuntum senyuman, kepada bonda, dengan selamba menjawab, "Kawan2 tu ramai, yg bertahta di hati belum ditemui lagi",....

Alasan yg lebih kukuh, gua ckp duit tak cukup lagik, ekekekek. Gua tak nak lah jd mcm setengah kawan2 gua, sanggup pinjam bebelas ribu semata - mata nak kawin. Sok anak2 dah besar Hutang kawin pon belum abis bayar lagik, ekekekek.

Kesempatan berada dikampung juga, gua dapat snap beberapa pic untuk tatapan kawan2 yg masuk ke blog nie, disebabkan landskap dirumah bonda, penuh dgn pokok2 yg hijau serta menyergarkan mata dan udara, so gua tangkap pakai kamera handphone saja...hiks.
Ada view dari dalam bot Penambang tu masa gua pegik jalan2 kat bandar kuala. Empat hari di Kampung, sememangnya tenang dan pastinya gembira bila kita disamping ayahnda dan bonda tercinta. Semoga Ayahnda dan Bonda, sentiasa sihat dan Doa daku semoga sentiasa dibawah rahmat yg esa. Amin.
















1 comments:

donnowattono said...

waaa.. cantik bangat pemandangan kawasan rumah, ada sungai... baru la akmpung namanyer... :)