Assalamualaikum, lama gak tak update blog, maklumlah agak busy ngan kerja seharian, tapi kali ni aku nak share ngan korang AD terbaru utk company aku, yg sudah pon masuk setahun usia, Tahniah pada semua staff TMR yg bertungkus lumus utk Business Newspaper nie, moga2 sukses selalu, hiks.
AD nie kira last minute jugak gua buat, biasalah boss aku suka last2 minit art work, besok nak publish barula nak suruh aku buat, nasib panel AD jer, so aku pon pakailah mana2 pic, yg seswai dan carik balik Issue pertama The Malaysian Reserve, So aku combine la dgn Kereta A1 yg ada Tulisan Malaysian Reserve, kat belakang kete tu. (Simbolik Moving Foward) macam iklan kete plak, hiks yerla Company yg aku keje nie semakin growing up, Alhamdulillah moga2 aku dpt naik gaji ahaks...(verangan la). Yg paling best Compliment dari Boss aku cam biasalah nak ambik hati aku la tuh,...dia suka and puji AD tu ahaks, biasalah gua buatkan!!!! teriak plak ekekeke...chow!!
One year Celebrations AD TMR
Mortal Combat vs redesign Art works
Assalamualaikum, kalau korang tengok wallpaper kat atas nie mesti korang tau nie adalah Mortal Combat. Wallpaper nie aku redesign balik pakai Karekter utama watak jahat dalam Mortal Combat nie. Gua memang minat watak2 dalam Mortal Combat, sebab cool and gempak gila. Bermula dari game sehinggalah ke layar perak. Hope korang enjoy ngan work yg panas lagik baru jer siap tadik hiks.
Nielah Antara karekter Favourite gua, dia nie power api, kira panas la, bak kata org "ko jgn bikin gua panas Bro" ha lebih kurang la tu muekekeke. Nie karekter yg kat atas wallpaper kat atas tu.
Ha mamat nie plak sojuk plak power dia, bak org Nogori kato la, ekekkeke. siap ada pedang lagik tuh, woo Dasyat gilerrrr,...(dialog awie dlm zombie kg pisang), muekekekek. MAsk dia yg gua suka tu, cool. Karekter biru nie pon ada kat atas wallpaper kat ats tu, nie la pic asal dia.
Inielah dia watak Jahat segala Devil dalam Mortal Combat nie. Smart gila kan? So terhasilah wallpaper kat atas tu Berdasarkan tiga watak yg aku minat dalam Mortal Combat nie.
Kick power berapi katanya,...nie kalo korang layan game dia layan wooo...!!
Nie antara watak Women yg aku dlm Mortal Combat nie. Ala2 Storm X- Men rambut dia, Teq besaq plak tuh ahaks!!
Nie la Li Mei, Watak paling ayu dalam Mortal Combat, korang jgn main2 ngan dia, nampak jer Ayu sekali dia nyepak celah kang kang terus ICU wkakakaka.
Nie KABAL karekter yg pakai Mask yg cool aku suka gak, lihatlah pedangnya dan topeng yg dikenakan memang kebal la kot ahaks.
oklah cukuplah smp sini, utk isu kali nie hope korang suka dan tak jemu2 mengunjungi blog gua, kasikla komen kat artworks sini, positif or negative dialu alukan. chow!
Tuesday, May 20, 2008 | Posted by Transgression at 12:27 AM 0 comments
Blood Mask
Blood Mask, tajuk Art work terbaru gua, Inspirasi dari Photo Internet di adaptasi dan digubah sebaik mungkin maka terhasillah BLOOD MASK, ekekeke cam filem plak. Art work nie gua buat utk sapa2 yg masuk blog nie leh ambik buat wallpaper kat pc korang, kalo rasa sudi lah...hiks.
This is Version kedua BLOOD MASK art work.
Version 3, BLOOD MASK.
Hope all yg masuk blog nie, leh enjoy ngan art work nie, korang leh ambik klik saja kat gambar and then save as kat pc korang. see ya chow!!
Thursday, May 15, 2008 | Posted by Transgression at 2:33 AM 0 comments
Kampung, Sayong, Kuala Kangsor
Assalamualaikum, lama jugak tak update blog nie, maklumlah gua busy ngan kerja seharian smp tak sempat nak update blog nie, oklah jumaat nie 16/5/2005 gua nak balik kampung, Lama sgt kot tak balik ke kampung tercinta, Bonda dan ayahnda tentunya merindui anak rantau ini, Begitulah juga gua rindu sgt kat mak and abah gua. Sempat gua telefon abah gua semalam dan wish my MOM Selamat Hari Ibu u are the greatest Mother, sayu mendengar suara ibu, alhamdulillah kedua org tua ku ,masih sihat.
Kampung gua di Perak, Kuala Kangsar, Sayong Lembah namanya, bestnya kampung gua nie sebab tepi sungai Perak nie, kalo korang nampak pic kat atas tu adalah Jambatan yg menghubungkan bandar Kuala dgn Kampung gua. Malam jambatan nie bercahaya dan sgt menarik pemandangannya di waktu malam. Gua kadang2 suka lepak ngan kawan2 kat kampung sambil menghirup udara segar bertiup sayup. Selain tu aktiviti atas jambatan nie, REMP - IT la ahaks budak2 motor suka race waktu mlm, gua layan jelah tu jer aktiviti yg ada kat situ.
Inilah Pemandangan dari Kampung gua Sungai Perak, yg sungguh dingin dan nyaman sekali bila berada ditepi sungai ni.
Nie lah dia Jeti Bot Penambang, Bot Penambang nie bawak org kampung ke bandar Kuala, kalo takde kenderaan nak ikut Jambatan, naikla bot Penambang nie rm0.40sen sekali naik. best tau, kalo korang pegik kampung gua leh merasa naik bot penambang nie.
Yg nie plak Jeti Kecik untuk sampan2, and selalu jugak ada org memancing kat jeti nie.
Nie lah Bandar Kuala Kangsar, hiks Bandar Diraja, walaupon taklah gah mana, tapi cukup mendamaikan pekan Kuala Kangsar, macam2 ada, Laksa kuala? kena try kalo turun.
Masjid Ubudiah, antara masjid tercantik dan terunik di Kuala Kangsar.
Istana Kenangan, inilah Istana yg dibina tanpa sebatang Paku. Antara tarikan di bandar Kuala Kangsar ini.
So nielah serba sedikit, Gambaran Negeri Perak, Kuala Kangsar Bandar Diraja. My Parents memang asal sini, walaupon aku dilahirkan di Negeri 9, tapi gua dibesarkan Di Kuala Kangsar.
Kejo yop kejo,...ahaks bak kata rizz af 6 "Apa kahe nyer Yop",...muekekek see ya chow.
Monday, May 12, 2008 | Posted by Transgression at 12:21 AM 2 comments
Extreme vs Skateboard
Hari nie, gua nak citer pasal sukan yg paling aku minati masa zaman sekolah lagi gua dah main minatang nie hiks tak lain tak bukan "Skateboard", First aku mengenali sukan nie masa sekolah rendah lagik, tapi masa tu gua cuma tengok2 budak2 main kat town, aku tengok macam cool jer budak2 nie meluncur siap boleh lompat (olie) lepas deck kawan depa. Secara tak langsung gua terus jatuh hati kat sukan Extreme nie, start skate masa sekolah menengah form 2. Tapi masa tu gua just main pinjam Deck member je, tak mampu nak ada sendiri, al maklumlah masih bersekolah.
Tapi gua takde hal, janji ada minat kawan2 pon tak kisah nak bagi gua try meluncur atas papan selaju nie. Nak kata terel main tu tak la pon, tapi org kata boleh la kalo setakat 5 stair big olie, Kickflip and land dgn baik....ekekekee. Masa kat U, barulah gua merasa ada deck sendiri, tapi gua beli second kat skaters dlm kolej kediaman. Masa tu gua beli complete deck dia jual rm180.00, dgn gumbiranya gua skate la smp lebam, latih skill hiks. Tapi tak la terel tahap pro, ekekeke. Sekadar minat and hobi dalam arena sukan Extreme nie.
Kat Malaysia nie dah byk skate park yg tumbuh cam cendawan, Kerajaan Malaysia begitu prihatin, bagi peluang kat skaters2 malaysia utk terus maju dalam sukan extreme nie. Syabas diucapkan pada Pucuk Pimpinan Negara. X - Games juga telah diadakan di Malaysia dah beberapa kali jugaklah, dan paling best buat kat Theme park Sunway Lagoon, gua memang takkan lepaskan la peluang nak lihat Skaters handalan mahu pon dari Malaysia sendiri atau luar negara, sebut pasal handalan nie gua hanya terlintas satu nama org panggil dia Pa' din Musa. Dia nie budak Penang, dialah Champion Skateboarders Malaysia dan juga ASia.
Gua kalo nengok dia skate, perghh memang PRO tahap dewa org kata, ekekeke. yg membanggakan Pa'din nie telah mengharumkan nama Malaysia, dalam arena sukan Extreme Skateboard nie. Tahniah pada beliau, menjadi idola para skaters kat Msia nie.
Nielah Pa'din atau nama sebenarnya Fadhil Musa kalo aku tak silap la, nie masa X - Games tapi gua tak sure kat mana rasanya kat Sunway Lagoon 2005. Minta maaf gua kalo silap tarikh dan tempat dia.
Pa' din 50-50 on the ledge.
Pa'din Noseslide at Tail.
Pa'din Rock and Roll at curve.
Erm inilah serba sedikit pic yg dapat aku sharekan, dari wira skateboard Malaysia, sebut jer nama Pa'din sapa yg tak kenal dikalangan skateboarders. Tahniah dari gua jugak sebab anak Malaysia juga berjaya menempa nama dlm sukan Extreme nie. Gua??? ahaks tetaplah designer yg berjaya, moga2, tetapi minat terhadap sukan nie memang tak dapat disangkal lagi. Gua tetap nak skate kalo ada masa terluang nanti, rindu sgt rasanya ingin meluncur. Deck? ermm nampaknya kena lah buat balik, sebab ini minat gua dari kecik, so lets check it out mana tau pic gua tengah beraksi pulak dalam blog nie.....ekekekeke. chow!!
Monday, May 5, 2008 | Posted by Transgression at 12:27 AM 0 comments