Hari nie, gua nak citer pasal sukan yg paling aku minati masa zaman sekolah lagi gua dah main minatang nie hiks tak lain tak bukan "Skateboard", First aku mengenali sukan nie masa sekolah rendah lagik, tapi masa tu gua cuma tengok2 budak2 main kat town, aku tengok macam cool jer budak2 nie meluncur siap boleh lompat (olie) lepas deck kawan depa. Secara tak langsung gua terus jatuh hati kat sukan Extreme nie, start skate masa sekolah menengah form 2. Tapi masa tu gua just main pinjam Deck member je, tak mampu nak ada sendiri, al maklumlah masih bersekolah.
Tapi gua takde hal, janji ada minat kawan2 pon tak kisah nak bagi gua try meluncur atas papan selaju nie. Nak kata terel main tu tak la pon, tapi org kata boleh la kalo setakat 5 stair big olie, Kickflip and land dgn baik....ekekekee. Masa kat U, barulah gua merasa ada deck sendiri, tapi gua beli second kat skaters dlm kolej kediaman. Masa tu gua beli complete deck dia jual rm180.00, dgn gumbiranya gua skate la smp lebam, latih skill hiks. Tapi tak la terel tahap pro, ekekeke. Sekadar minat and hobi dalam arena sukan Extreme nie.
Kat Malaysia nie dah byk skate park yg tumbuh cam cendawan, Kerajaan Malaysia begitu prihatin, bagi peluang kat skaters2 malaysia utk terus maju dalam sukan extreme nie. Syabas diucapkan pada Pucuk Pimpinan Negara. X - Games juga telah diadakan di Malaysia dah beberapa kali jugaklah, dan paling best buat kat Theme park Sunway Lagoon, gua memang takkan lepaskan la peluang nak lihat Skaters handalan mahu pon dari Malaysia sendiri atau luar negara, sebut pasal handalan nie gua hanya terlintas satu nama org panggil dia Pa' din Musa. Dia nie budak Penang, dialah Champion Skateboarders Malaysia dan juga ASia.
Gua kalo nengok dia skate, perghh memang PRO tahap dewa org kata, ekekeke. yg membanggakan Pa'din nie telah mengharumkan nama Malaysia, dalam arena sukan Extreme Skateboard nie. Tahniah pada beliau, menjadi idola para skaters kat Msia nie.
Nielah Pa'din atau nama sebenarnya Fadhil Musa kalo aku tak silap la, nie masa X - Games tapi gua tak sure kat mana rasanya kat Sunway Lagoon 2005. Minta maaf gua kalo silap tarikh dan tempat dia.
Pa' din 50-50 on the ledge.
Pa'din Noseslide at Tail.
Pa'din Rock and Roll at curve.
Erm inilah serba sedikit pic yg dapat aku sharekan, dari wira skateboard Malaysia, sebut jer nama Pa'din sapa yg tak kenal dikalangan skateboarders. Tahniah dari gua jugak sebab anak Malaysia juga berjaya menempa nama dlm sukan Extreme nie. Gua??? ahaks tetaplah designer yg berjaya, moga2, tetapi minat terhadap sukan nie memang tak dapat disangkal lagi. Gua tetap nak skate kalo ada masa terluang nanti, rindu sgt rasanya ingin meluncur. Deck? ermm nampaknya kena lah buat balik, sebab ini minat gua dari kecik, so lets check it out mana tau pic gua tengah beraksi pulak dalam blog nie.....ekekekeke. chow!!
Extreme vs Skateboard
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment