Assalamualaikum, lama jugak tak update blog nie, maklumlah gua busy ngan kerja seharian smp tak sempat nak update blog nie, oklah jumaat nie 16/5/2005 gua nak balik kampung, Lama sgt kot tak balik ke kampung tercinta, Bonda dan ayahnda tentunya merindui anak rantau ini, Begitulah juga gua rindu sgt kat mak and abah gua. Sempat gua telefon abah gua semalam dan wish my MOM Selamat Hari Ibu u are the greatest Mother, sayu mendengar suara ibu, alhamdulillah kedua org tua ku ,masih sihat.
Kampung gua di Perak, Kuala Kangsar, Sayong Lembah namanya, bestnya kampung gua nie sebab tepi sungai Perak nie, kalo korang nampak pic kat atas tu adalah Jambatan yg menghubungkan bandar Kuala dgn Kampung gua. Malam jambatan nie bercahaya dan sgt menarik pemandangannya di waktu malam. Gua kadang2 suka lepak ngan kawan2 kat kampung sambil menghirup udara segar bertiup sayup. Selain tu aktiviti atas jambatan nie, REMP - IT la ahaks budak2 motor suka race waktu mlm, gua layan jelah tu jer aktiviti yg ada kat situ.
Inilah Pemandangan dari Kampung gua Sungai Perak, yg sungguh dingin dan nyaman sekali bila berada ditepi sungai ni.
Nie lah dia Jeti Bot Penambang, Bot Penambang nie bawak org kampung ke bandar Kuala, kalo takde kenderaan nak ikut Jambatan, naikla bot Penambang nie rm0.40sen sekali naik. best tau, kalo korang pegik kampung gua leh merasa naik bot penambang nie.
Yg nie plak Jeti Kecik untuk sampan2, and selalu jugak ada org memancing kat jeti nie.
Nie lah Bandar Kuala Kangsar, hiks Bandar Diraja, walaupon taklah gah mana, tapi cukup mendamaikan pekan Kuala Kangsar, macam2 ada, Laksa kuala? kena try kalo turun.
Masjid Ubudiah, antara masjid tercantik dan terunik di Kuala Kangsar.
Istana Kenangan, inilah Istana yg dibina tanpa sebatang Paku. Antara tarikan di bandar Kuala Kangsar ini.
So nielah serba sedikit, Gambaran Negeri Perak, Kuala Kangsar Bandar Diraja. My Parents memang asal sini, walaupon aku dilahirkan di Negeri 9, tapi gua dibesarkan Di Kuala Kangsar.
Kejo yop kejo,...ahaks bak kata rizz af 6 "Apa kahe nyer Yop",...muekekek see ya chow.
Kampung, Sayong, Kuala Kangsor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Muy bueno tu blog! :)
i love all the pictures. rasa macam nak ke perak pulak jalan2.. haha.. :)
Post a Comment