One Buck Short & Friends showcase




















Jom pegik ramai2 Support our local band!!!

Rock The World 8 Awsome!!!!















Semalam Berlangsungnya KOnsert yg ditunggu - tunggu oleh gua, iaitu Rock The World 8, gua bertolak dari umah ngan zaff pukul 10.30 lebih kurang turun shah alam, ambik kawan zaff dulu tiga org, Napi and aweks dia and red. smp shah alam kenal2 ngan kawan zaff kitaorang pon bertolak menuju ke tapak konsert.

dlm kol 12.10 kitaorang smp kat area stadium merdeka tu, perghhhh ramai gila budak dah smp berkerumun nak masuk ke car park, iaitu kawasan konsert berlangsung. kitaorang terus carik parking and cepat2 beli tiket kat kaunter. Masa tu dah ada band yg perform, tapi band2 biasa la baru nak naik gua rasa.

Tapi yg kecewa sket dorang buat kat tempat yg kurang selesa sket, berbanding dgn Rock The World sebelumnya buat kat stadium. dah tu nak masuk kena berasak asak agak lama, security yg jaga plak muka ketat memanjang, adeh tension jerk. kalo tak pasal nk layan konsert takde gua sanggup berpanas berhujan. Sebab nk support local band lah gua dan kawan2 sanggup juga harung smlm.















Ha nielah kawan2 chill p konsert semalam dr kiri zaff, red, napi and aweks napi. Masa nie kitaorang ngah lepak kat luar, sambil cuci mata boring menunggu band yg tak bape popular lagu dorang, so tunggu la band yg kitaorang suka baru masuk dlm balik.















Erm nielah susana masa konsert berlangsung, kitaorang just enjoy the music rasanya masa nie band Upon Arrival ngah perform sebuah band Hardcore, yg pernah jd cover utk mag ROTTW.
awsome perfomance u guys rawk!!!















nie plak gua ngah lepak kepenatan melayan band2 yg tengah perform, perut lapa dan dahaga jgn dok citerlah,...huh.















Akhirnya penantian gua berhasil juga walaupon penat gila nak tunggu band Favourite gua nie perform "ONE BUCK SHORT", gua dh tak larat nak p depan, sebab crowd mcm org gila menari (Pogo) huh, rasa nk pitam, so gua snap pakai camera phone ambik kat screen besar tu pic Mooky penyanyi band nie.


































Memang banyak band2 yg hebat2 mlm tu, antaranya Anothersite Ochestra, Bunk Face, Esterella, Revenge (Band Rock Kapak yg otai), The Times, koffin kanser,Estranged, Butterfingers penutup tirai band malam semalam korang memang awsome!!!















Sebelum balik kitaorang sempat la ambik pic kenangan utk mlm tu, u guys memang rock la best dpt kenal ngan korang, walaupon pangkat adik bg gua takde hal, janji korang matured thinking ahaks.















Ada rezeki kita lepak lagi....















Nielah cenderahati from Rock The World 8, T-shirt and Tag One Buck Short band.

Selamat Pengantin Baru (Abg Ber & Izani)














Ahad yg lepas, membe gua Abg ber (Zulhilmi) telah pon selamat diijabkabulkan dgn Izanie si cantek manis, yg bekerja disebuah syarikat lama gua Infusion Solution, Tahniah kat ko abg ber, gua tak tau plak bini ko izanie ID tu, ekekek apa2 pon aku ucapkan selamat manjalani kehidupan berumahtangga, Pengantin baru, moga2 berbahagia selalu, sehingga ke akhir hayat Insyaallah.
Minta maaf banyak2 aku tak dpt menghadirkan diri masa Kenduri kahwin ko, sebab gua kerja takde org back up nak gantikan kalo aku ambik cuti. thx for the invitation card.
















So sebagai tanda kemaafan gua tak dpt hadir ke majlis tu, gua uploadkan pic kawen ko ekslusif dari blog gua nie.Thx tu Zaini jay(wan) sebab bagi pic nie utk gua kongsi kemeriahan persandingan nie untuk tatapan gua dan kawan2.




















Bagai Pinang dibelah dua......
Semoga selamat selalu, berbahagia disamping isteri tercinta.

Cicak Man (Sedih)















Baru2 nie gua turun pawagam lagik, berhasrat ingin melihat apakah yang dapat dipertontonkan dari Filem kedua Yusry KRU " CICAKMAN" , kalo rating 10 gua kasik 4 /10 jer utk filem nie.
Sorry to say gua tak impress dgn jalan cerita dia. oklah senang gua kasik kritikan utk filem nie..

Yg Tak Best:

1. Jalan citer tak strong
2. Effect CGI tak smooth ada babak yg very the kartun
3. RAMA, watak pompuan indon, (Perluker nk nyamar2, jadi org lain, pastu nama (AMAR), nama jantan, WTF!!...pastu mengilai ngalahkan mak lampir, aduhhhh sedih la, Kepak tu design perlu ke ambik kepak Rama - rama betul!!,...designer pon satu, logo RAMA tu dah cantek buat la sayap dia kaler silver mesti malatops.
4. Watak Aznil mcm tah hapa2 ntah, dialog tak strong langsung
5. Baju watak prof Klon very the KG!!!...
6. Watak Louisa Chong, tuh apa kejadahnya....aduhh migrain, (tiba2 ada tukang tilik plak)
7. Tempat underground Prof Klon, aduss plz la buat detail sket, kata pakai CGI
8. Stage Perdana Menteri berucap sedihhhh
9. Kete perisai ke apa ntah (Prof Klon),...dah mcm kete kebal jer gua nengok (design la best sket)
10. Watak mak pada armani langsung tak nampak orgnya, dah tu siap selubung dgn baju ujan apa tah, masa umah hairi terbakar (save budget pelakon ke?
11. Ending yg adoooooooo, memang sedih (RAMA mati tersangkut kepak kat batang keluli bawah tempat persembunyian Prof. Klon. (so simple DIE cenggitu.)
12. Story Board and storyline dlm citer nie, berterabur agaknya, Plz la kalo nk buat Filem aksi komedi, gua tak kisah sgt pasal CGI tu sumer, yg penting jalan citer it self mesti Strong.
13. Gua heran la kenapa "CICAKMAN" tu tak dibuat lidahnya sebagai weapon or senjata dia,...dah la memang takde gadjet or senjata kat dia. (Masa lawan ngan RAMA, tu kan boleh pakai lidah dia yg panjang tu untuk melawan, melilit mangsa, tapi takde........nampak sgt Watak tu tak detail betul2 tentang kekuatan superhero tu sendiri.
14. Pastu yg bunuh prof. Klon plak si dua ekor yg dah mati, jd hantu tolong bakar Prof. Klon....adusss....
15. Konon nak buat less comedy more action, tp actionnya macam kartun, adoooooo
16. ada lagik satu, sistem elektronik Prof. Klon lampu2 byk kala, tu Plz la nie zaman canggih ok, very the KG!!! sekali lagik....

Yg best sket:

1. Costume cicakman it self was ok
2. Costume RAMA dah cun marvelous
3. Watak Apek (Hairi) ok
4. Watak Amani as adik buta good
5. CGI effect api dua beradik jahat jd Hantu awsome!
6. Motor RAMA and gadjet dia pon awsome

tu jerk dari pandangan peribadi gua about this MOVIE, kalo korang tak caya sila lah menonton sendiri Filem nie, (utk kanak2 maybe depa suka, but for adult memang sedih......)

:(

Estranged (New Album), Chill at seremban and The Curve





























Album "Estranged" bertajuk remain unknown telah pon berada dipasaran, dengan tidak memikir panjang gua terus mendapat album kedua dr band ini, ternyata lagu2 mereka tidak mengahampakan, susunan muzik lebih baik, serta matang dr "Estranged", aku suka cover album kedua dorang nie, very artistik and simbolisme. Keep in rockin guys!!















Estranged terdiri dr 4 org anak muda, yg membawa kelainan dr segi muzik mereka.

Hari Sabtu aritu gua myhousemate and my friends dr singapore yg turun kl and stay at my place chill p seremban, bukannya chill apa al kisahnya sidanny nk tukar kete dia dgn van parents dia ahaks. Coz his parents balik ke Padang Indonesia utk berhari raya haji disana. kami bertolak dlm pukul 12 tgh, dr KL,...but jalan so damn jam gila, tension jugaklah naik van si parents danny nie, adeh sakit pinggang gua dibuatnya. But yg bestnya dlm perjalanan, kami tak guna jlan biasa, sebab nak mengelakkan jam, si Danny guna jln shortcart bila dh smp area Nilai.

Memang best cantik pemandangan kampung kat sana. Umah parents danny kat Senawang, so chill la dlm perjalanan, sambil bwk kwn gua from singapore jln2 nengok N9. He so impress ngan umah2 kampung kat sana, hiks....maklumlah kat Singapore mana nk dpt nengok umah kampung org2 melayu.

dlm kol 2 ptg barulah smp diSenawang, lepak2 jap umah parents danny, then terus p mkn area senawang sebelum kami meneruskan perjalanan terus ke IKEA kl. Kitaorang terus menuju ke IKEA nengok barang2 terbaru from IKEA, gua adalah shopping Karpet kat sana ahaks cantek very nice design. tak caya nengok kat bwh nie.















Ha inilah dia Carpet from IKEA tuh ahaks, umah baru kemas cantek sket lah dgn lighting kat belakang tukan. kalo tak adoiii cam kapal pecah pon ada ahaks.




















Ha nie masa chill kat The Curve, ahaks gua suka logo Oakley kat belakang tu, so saja la pose cam biasalahkan. Check it out my green shirt Quiksilver....:P




















Nie masa kat dlm Van Danie, ngah bosan dok sorang2 kat dlm van tuh, adeh saja jer lah ambik self potret ha ha..ha...ensem ke?

chow dulu...

Ledang in Memories















Tengah bukak2 file2 dlm pc, ternampak plak pic lama tahun 2007 masa tu gua kerja kat salah sebuah syarikat Multimedia Infusion Solutions (Content Solutions) masa tu gua buat courseware, pakai software Flash. Best jugak la masa kerja kat sana, mcm2 jugak gua belajar pasal Flash, kawan2 and im a lot more fun masa kerja kat sana. But nowadays dengar kawan2 lama kat sana pon dah blah kerja tempat lain, biasalahtu kan rezeki lebih besar mestilah cabut, ahaks cam gua jugak ekekeekke.


Dlm aku menerjah dlm file pc nie, paling aku tak leh lupa dgn kawan2 dr opis lama (Content Solutions), trip ke Gunung Ledang. Memang best gila and adventure. kat bawah nie aku selitkankanlah beberapa memori masa gua dan rakan2 Menuju Puncak Gunung Ledang.














Masa nie sumer pose sblm memulakan perjalanan menyusur ke kaki Gunung Ledang. Kami semua bertujuh masa tu. ada sorang jer aweks yg ikut, penyeri majlis katanya ahaks.














Gua masa nie memang tengah mood best gila, bawak brg banyak pon tak terasa lagik. Tuh dalam plastik warna merah tangan kanan gua tu but "Timberland", dibawa bersama-sama incase bila2 diperlukan. :)














Nielah kawasan tapak perkhemahan kami, zon 5 sebelum kami meneruskan dakian ke puncak.














Masa nie plak kitaorang dh start mendaki, lebih kurang pukul 2 ptg, tengah chill lepak jap penat sungguh oh tak terkata....tp best!!!














Perjalanan diteruskan, walaupon kami semua dlm keadaan separuh mati ahaks!!














Masa nie gua ngan kawan2 ngah melalui satu gua yg agak gelap, basah dan mengerikan...tp memang chill gua siap pose lagik dr bawah tu ahaks.














Masa nie ngah chill kat "Kolam Puteri" nama yg diberi utk air terjun nie , perghh penat siot....tp cantek bangat....














Masa nie rest lagik, masing2 kepenatan dan ingin merakam gambar utk kenangan...














Wah kami semua dah smp diPuncak Gunung la....alhamdulilah Syukur.....














View dari atas Gunung Ledang, sungguh indah ciptaan ilahi....aku syukur, kagum, insaf,..gembira kerana selamat smp ke puncak bersama rakan2 moga2 berjumpa lagi Di atas puncak ini Insyaallah...Amin. Tinggal kenangan...

Me Myself and i (who wants to be Model) ahaks




















Pic kat atas nie masa gua chill kat Berjaya Times Square, gua nampak Poster besar "Converse" baground skateboard, cool gila!! so gua pon pose la ala2 model ahaks. Cool tak???






















Nie plak masa Chill Shopping kat "QUIKSILVER", acara nie baru jer berlansung semalam, gua as
a member Quik dpt shopping sale 50% from quiksilver, wow siap boleh bawak kawan 3 org. hiks gua ajak housemate gua jer, smp jer kat Quik Pavilion nie, mak ai ramai gila manusia ngah beratur shopping sakan!!....gua apa lagik rambang mata la kan 50% off, tshirt lawa2 plak tuh, mcm2 la kat dlm tu, org ramai cam nak roboh jerk masa tu ahaks. Tapi yg boleh masuk yg ada menerima sms from Quik shj yer. This is private event. So gua dptla jugak shopping sket gaji tak masuk lg nie Weii!! rugi waaaaaaaaaa.....dpt shopping sket jer....:(




Sebelum gua move dari Pavilion semalam, sempat juga ambik pic kat TOP MEN punya butik. Hiks walaupon gelap sket, its ok tu lah art namanya ahaks. dh penat jalan2 balik umah aaa penat ooo shopping beratur org ramai gila, kat butik Quik td. oklah gua chow cin cau dulu. adiosss

Demam....Terimalah lagu " Dirty Little Secret"




















From All American Rejects....Dirty Little Secret!!!

Let me know that I've done wrong
When I've known this all along
I go around a time or two
Just to waste my time with you

Tell me all that you've thrown away
Find out games you don't wanna play
You are the only one that needs to know

I'll keep you my dirty little secret
(Dirty little secret)
Don't tell anyone or you'll be just another regret
(Just another regret, hope that you can keep it)
My dirty little secret

Who has to know
When we live such fragile lives
It's the best way we survive
I go around a time or two
Just to waste my time with you

Tell me all that you've thrown away
Find out games you don't wanna play
You are the only one that needs to know

I'll keep you my dirty little secret
(Dirty little secret)
Don't tell anyone or you'll be just another regret
(Just another regret, hope that you can keep it)
My dirty little secret

Who has to know
The way she feels inside (inside)
Those thoughts I can't deny (deny)
These sleeping dogs won't lie (won't lie)
And all I've tried to hide
It's eating me apart
Trace this life out

I'll keep you my dirty little secret
(Dirty little secret)
Don't tell anyone or you'll be just another regret
(Just another regret)

I'll keep you my dirty little secret
(Dirty little secret)
Don't tell anyone or you'll be just another regret
(Just another regret, hope that you can keep it)
My dirty little secret
Dirty little secret
Dirty little secret

Who has to know
Who has to know

Mudvayne (New Album) The New Game

Dalam gua tengah asyik buat kerja seharian dipejabat, memutar kembali lagu2 band pujaan hati, namun hati ini inginkan sesuatu yg baru, jd kembali kepada Myspace music, selalu gua cari band2 baru mahupun update album band2 kegemaran gua. Termasuklah band nie "MUDVAYNE", gua layan band nie dari dorang punya first album lagik. Music depa memang layan, dan dorang baru saja release album baru yg bertajuk "The New Game". First lagu dengar memang dah layan, walaupon aku belum memiliki album dorang lagi, coming soon pasti akan mendapat juga nanti.
















Mudvayne



















Pic gua print screen jer from Myspace ahaks, senang kan malas plak nak carik cover album baru dorang nie. Yg ado pon kecik jer. ahaks so apa lagik tak reti2 print screen jer. Music still sama dr segi pembawaan album sebelumnya, sebab gua dah dengar first lagu dorang nie, maybe ada lagu lain yg akan bawa kelainan dlm album dorang kali nie.




















Nie album faveret aku dr dorang cover Album yg AWSOME, i like the Illustration, ada byk lagu2 best dlm album nie antaranya yg meletops "Happy", Determind, dan ada few lagiklah ekekekekek. oklah gua nak sambung keje, layannnnnnnnnnnzzzzzzzzz.

Comp Skate Vs Rock The World 2008




















Dah agak lama aku pegik Comp Extreme, terutamanya Skateboarding, so jiwa skate masih lg tersemat dlm jiwa teman nie, so aku supportla event nie. KING OF GAP anjuran vans brand skate yg tidak asing lagik diMalaysia nie.

Gua rasa memang nak skate balik, alah skate for FUN kan, walaupon tak terror janji kita suka, kita ada minat sumer benda leh jadik tol tak?, ada org kata umur cam aku nie udah2 la nak skate, bdn pon dah naik, kang patah plak deck tu!!! WTF!!...aku ambik kata2 tu sbg semangat utk aku skate. Ada aku kesah...kan. :)





















Poster creative sebelah nie plak, Konsert Rock The World yg akan diadakan pada 20 Dec 2008, kat stadium Merdeka. Gua cam biasalah memang support band2 local nie. so mesti pegikla bukan senang nak nengok band2 nie perform. RM25 hengget jerk, chill at the konsertkan.

Banyak band2 yg bagus antaranya ONE BUCK SHORT, Estranged, OAG, Koffin Kanser, The Times, Bunkface, Zip Zeller, The Otherochestra, Laila's Lounge, Revenge, They Will Kill Us All, Komplot dan Upon Arrival.

Sumer band2 yg best siak!!!...wajib la kena pegikkan. kawan gua yg layan rockk!!! make sure contact gua, kita leh bangging sama ok!!!. korang leh chill kat website nie www.rocktheworld.com.my leh view posters kat sini. siap leh dapat t-shirt free first 1000 entries, so apa lagik meh ramai2 kita gegarkan, stadium negara. hiks chow!!

Trip Ke Janda Baik (cancel) beralih ke Sungai Tua Ulu Yam!!

Jumaat yg indah 14hb hari tu, Team TMR ingin berkunjung ke Janda Baik Pahang, dengan Hasrat ingin berkhemah atau CHILL masak barbe q kat sana. ceritanya bermula begini

zesssssss bunyi sms hp ku berbunyi (nada transformers), aku dgn mamai meraba hp ditepi bantal, membuka mata yg semakin mengecil melihat siapakah gerangan yg sms gua. Sapiq mlm jumaat tu bermalam di rumah gua. tido kat sebelah gua depan ruang tamu rumah. mlm tu kami bertiga iaitu gua, izwan dan sapiq sempat minum di perkarangan umah gua, sebab izwan nak antar brg2 makan seperti ayam, sosej dan daging burger utk barbe q kami nanti. Kami sempat makan char kew teow yg superb dan chill sambil berbual utk perkhemahan hari esoknya. Mizan merupakan seorang lg Team yg patut join, tak dtg opis ambik emergency leave, ada hal katanya. Izwan sempat call mizan utk beritahu camping hari esoknya, berjalan dgn lancar berkumpul dirumah gua d tasik selatan.

setelah semuanya settle, izwan pulang kerumah di Bukit Antarabangsa. aku dan sapiq melabuhkan badan yg agak kepenatan seharian bekerja. kembali kepada nada hp aku td
zesssssss bunyi sms hp ku berbunyi (nada transformers), from mizan gomok

aku baca dgn keadaan mata yg kuyu, tiba2 tak semena mena, mata yg kuyu terus segar apabila membaca mesej drpd Mizan. berbunyi begini "zul aku tak dapat nak join, korang gerak dulu, aku nak siapkan projek freelance aku, menjerit dah client aku nie, korang gerak dulu, aku menyusul kemudian, arahan aku dah text kat eizwan."

Darah aku terus bergerak ke kepala, WTF!!! aku kejutkan sapiq yg masih mamai2, ingin pinjam hpnya sebab gua dah habis kredit, aku agak kecewa la dgn nada sms yg berbau tidak menyenangkan dari mizan, sapiq pon sumer tak puas hati, sebab mizan sorang yg pernah p Janda Baik, kitaorang mana tau!!!

Gua terus menyalakan rokok stress!!!, gua call izwan tanya Mizan ada sms dia seperti yg aku dpt dari mizan, seperti yg dijangka izwan dgn tenang, kata kat gua Chill kita pergi bertiga dulu, takyah tension2, direction dah pon diberi oleh Mizan. gua pon rilex malas nak pikir, tunggu izwan dtg lepas solat jumaat.

Dlm pukul 2.15 hp aku sekali lg berbunyi, izwan call dah on the way ke BTS (Bdr Tasik Selatan), aku lega mendengarnya semua kelengkapan dah pon siap, sapiq tak bangun2 lg dr tido!! weii sapiq bangun la izwan dah nak smp, teriak aku dgn nada macho. Izwan smp mcm biasa memeriahkan suasana umah gua, sapiq masa tu br la nak mandi, settle semua brg dah letak dlm kete, kitaorang memulakan perjalanan ke Tesco Ampang, untuk beli keperluan yg masih belum lengkap, antaranya jaring utk barbe q, penyepit, sos barbe q, air jus utk melantak dikala kehausan ditengah jalan.















Nie pic pertama gua snap masa dlm kete Myvi Izwan, hiks thx kat izwan sebab bawak camera mak dia, so dptlah snap pic utk kenangan. gua pose mcm biasa control macho!! ahaks.















Ha nie pic dr belakang, yg bawak kete tu tuan punya kete izwan, yg sebelah kiri tu sapiq. ngah chill layan lagu, sambil berghumbira nak pegik camping!!!. Kami semua pakai baju kaler Merah!! ahaks.

Setelah barang2 dah beli kat Tesco Ampang, kami terpaksa singgah kat 7 eleven taman melawati untuk membeli ais batu dan sedkit kuih muih utk mengalas perut. Hampeh Tesco Ampang, ais batu pon takde! ahaks. kami meneruskan perjalanan dgn harapan Janda Baik akan memenuhi impian kami utk bermandi manda disana dgn hati yg gumbira. Sapiq menjadi pembaca mesej utk guide izwan ke janda baik. Kami smp di petronas Genting Sempah, sebentar utk buang air kecil, gua sempat menelefon Mizan sekadar bertanyakan guide ke Janda Baik dan pukul baper dia gerak dr umah utk menyusul kami bertiga.

Kami mengikut direction yg Mizan bagi, walaupon jalan masuk ke Kampung Janda Baik itu agak kecil dan bengkang bengkok, kami semua tetap chill dgn semangat meneruskan sehingga kami berjumpa kawasan sungai Janda Baik utk kami dirikan khemah. Tetapi tidak seperti yg diharapkan, penat lelah kami tidak berbaloi!!!, bahawa apa yg kami inginkan disana ternyata begitu meleset, smpnya kami disana, kelihatan kampung2 yg indah, suasana yg nyaman tetapi kawasan sungai yg cetek!!!, takde tempat camping yg begitu sempurna, byk budak2 kampung Mat2 Remps lepak plak, sekali lagik WTF!!!!!

Gua izwan dan sapiq, seakan terkedu dgn melihat keadaan sungai disana, sekali gus gua berkata,
"beb nie apa kebenda hutan camnie, nak camping kat mana? Environment tak hutan langsung, tempat nak camping pon takde!!!! WTF sekali lagik. "gua tak nak camping kat siniiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!, kawan2 sume setuju, sapiq call Mizan, sebab Mizan yg cadang p kat janda baik nie. Kami dgn kecewa terus memandu pecut keluar dari kawasan Janda Baik!!.
Tanpa membuang masa, aku terus cadang kat kawan2 p Ulu Yam!!!, jam masa tu menunjukan pukul 5.30 ptg!!!. Kami kesuntukan masa!!. gua smp sakit2 kepala, disebabkan jalan ke Janda Baik sgtlah mcm ular kena Palu!!!.

dlm setengah jam kami terus menuju ke ULU YAM SUGAI TUA, line hp mula hilang apabila kami menyusuri kedalam kawasan hutan lipur Ulu Yam. Kami bertiga risaukan Mizan, sebab plan dah tukar dan tak kopom nak camping kat area mana di Ulu Yam. Akhirnya hp sapiq berjaya dapat line di satu kawasan, gua call mizan dan bgtau kitaorang decide utk camping di P2 Sungai Tua, jumpa kami bertiga disana saja.

Langit mula mendung, ujan rintik2 mula membasahi kereta Myvi yg dipandu izwan. Hatiku keresahan memandangkan hari semakin gelap, hujan renyai2 semakin lebat. Smp sahaja di pintu masuk Sungai Tua. Kami bergegas mengeluarkan semua brg2 dr kereta.















Izwan dan sapiq bergegas mengeluarkan semua brg2 dr kereta dgn harapan kami sempat mencari tapak perkhemahan.

pukul 6.30 petang kami menyusuri masuk ke Sungai Tua, hari semakin gelap, hujan renyai td mula semakin lebat, akhirnya kami jumpa tapak perkhemahan yg sesuai, dgn tanpa membuang masa gua, izwan dan sapiq walaupon keletihan membawa barang2 yg sarat, digagah jua utk kami dirikan khemah secepat mungkin. Hari makin gelap, gua dan izwan bertungkus lumus dirikan khemah yg pertama, hujan mulai lebat!!!, bunyi cengkerik memecah ksunyian malam, disamping air hujan yg menitis menimpa daun daunan seolah memberikan satu irama buat kami utk bekerja lebih cepat!!. Beg2 basah sedikit, hujan lebat membasahi bumi, gua dan izwan sempat dirikan Khemah dan masukan semua beg2 kedalam khemah. Malagnya beg sapiq pulak agak lewat diselamatkan sebab dia asyik mendirikan khemah satu lg!. Sorry sapiq kitaorang memang kelam kabut!! masa tu ingat beg sendiri jer!!

Setelah bekerja keras kami berjaya mendirikan khemah, walaupon hari gelap dan hujan lebat!! syabas kawan2 ku ekekekekeekek. meh layan pic kat bawah nie jom.....















Gua dan sapiq baru naik dr sungai, basuh apa yg patut utk bakar barbe q.















gua ngan sapiq ngah masak barbe q, izwan tukang ambik gambo!!...mmm nyam..nyam















eizwan sambil pose menunggu daging burger masak, dgn perutnya berbunyi lagu Jason Marezz ahakss....















Izwan dan sapiq tengah meratah ayam barbe q sambil buat peace!!

Masa kitaorang ngah chill, lepak mkn barbe q nie, ada plak tetamu yg tak diundang dtg!! WTF!! lagik kesepuluh kali. Belalang PELESIT plak tiba2 dtg, terbang dtg kat lampu yg cahayanya yg terang menerangi kawasan khemah kami. adeh gua dah la geli dgn spesis nie, besau plak tu warna hijau!!....korang tau la spesis nie org buat apa kan. izwan dgn berani2 takut beliau menepis benda tu jauh dr khemah kitaorang, tp tak la jauh mana pon, ahaks still leh nampak benda tu kat area tikar kat khemah kitaorang. So gua buat tak tau jerla, layan sembang2 ngan budak2 nie, izwan first baring atas tikar yg kitaorang alas, penat or sakit pinggang agaknya,.....pastu gua pon tumpang sebelah baring, sambil nengok si sapiq bakar ayam.
Lepas sumer kenyang, melantak ahaks, sapiq suggest kitaorang tido satu khemah, memandang Mizan tak dpt dtg sebab ujan dan hari sudah pon gelap, Khemah satu lg memang dah basah lencun akibat hujan menerjah masuk!!. so kitaorang decided tido satu khemah jer. satu lg khemah letak brg2. Masa gua nak letak tikar kat dalam khemah, gua suluh ke arah tikar, tiba2
PELESIT, tu ada betul2 kat atas tikar masa gua baring tu!!!!, sial terkejut beruk gua ngan izwan!!!! WTF!! tul. Kali nie tak boleh jadik, gua suruh izwan tekup dgn cawan plastik, letak batu atas cawan plastik tuh, puas hati, (tak nak la bunuhkan), yg kelakarnya si izwan boleh pulak tersepak cawan plastik tuh, langsung terpijak belalang PELESIT tu, alamak terpenyek plak ahaks!!!,...terus kitaorang campak kat bara barbe-q jadiklah belalang barbe-q PELESIT hangusss!!!.

Siapkan khemah, bdn melekit lekit plak rasanya, apa lagik kitaorang terjun sungai la mandi!!, sejuknya smp ke tulang, hiks tp beshhh chilll...















Chill luar khemah....















Chill dlm khemah, si sapiq dah lebuh kepenatan masak barbe -q















Nie apahal plak nieh!!! weeii abg botak keletihan disamping ditemani sponge bob gua dijadikan alas utk tido ahaks. layannnnnnnn..........

Mlm tu langit cerah, cahaya bulan menerangi segenap ruang samar2 pokok, memperlihatkan bentuk yg begitu indah didalam hutan, kitaorang bakar barbe-q dua kali, disebabkan sapiq nak melantak buat kali kedua, gua ngan izwan mata memang dah rabak dah, disebabkan kawan diturutkanlah, menunggu sambil mkn sama smp kenyang tak hengat!!!....mata pedih, bdn penat, kaki lenguh....huh....zzzzzzzz semua tewas. jam 2 pagi.....nengok sapiq ngah isap rokok, tak bley tido katanya,...gua lelapkan mata kembali,....dlm 10 minit kemudian, dengar suara memangil namaku manja.....WTF!!!...zul temankan aku kencing, sapiq mengajak gua teman dia.....adeh gua tak larat, nak keluar,...suasana sejuk, izwan lena diulit intan, aku hanya menjengah teman sapiq membuang apa yg terbuku didalam seluarnya ahaks. kembali lena.....

10 pg Bunyi - bunyian burung berkicauan......wah segarnya....., izwan bingkas bangun kuar dr khemah, aku turutinya....mandi time!!!!.......................















Wahh indahnya diwaktu pg.....cantiknya nyamannya...keindahan Ciptaan Allah swt.















Nielah pemandangan rupa kawasan Khemah kitaorang waktu pg......















Wah cantiknya sungai nie........kecebur gua ngan izwan jer mandi, si sapiq berdengkur lg dlm khemah!! WTF tol...ahaks















Abg botak sempat pose pagi2 ahaks.....















Gua pose sambil chill isap rokok, menikmati keindahan alam..















Eizwan menggunakan skill menangkap gambarnya, didirect oleh gua ahaks disebalik rembunan rimba tajuknya....
Akhirnya setelah gua dan izwan mandi, kejutkan si sapiq bangun dlm pukul 12tgh masa tu...sapiq hanya basuh muka dan berus gigi, nak mandi sejuk katanya ahaks.















Pose terakhir sapiq (alejandro) , ala2 pose manja Ayu katanya...masih singgle mencari aweks yg cun buat peneman hidup, ekekekek bukan awek berjanggut ya! katanya. ahaks















Nie abang Panjang, or botak aka eizwan TMR, konon2 pose macho la tuh!!, pon masih singgle, suka chill ngan aweks2 cun sahaja....masih mencari jugak ahaks.















Last sekali gua la zul TMR, (joker) masih singgle jugak, dgn ucapan moga2 ada jodoh cepat insyaallah, ekekeek. Last shout thx izwan, sapiq, include Mizan (Miejan gomok) TMR, walaupon tak dpt join duit sumbangan rm30 ko kira burn hiks, nak buat camnokan, tp takpelah ada rezeki lain kita pegi sama2 lagik. adeh penat dah aku menaip, hope korang enjoy story aku yg panjang lebar nie ahaks. see ya next trip!!!