Trip Ke Janda Baik (cancel) beralih ke Sungai Tua Ulu Yam!!

Jumaat yg indah 14hb hari tu, Team TMR ingin berkunjung ke Janda Baik Pahang, dengan Hasrat ingin berkhemah atau CHILL masak barbe q kat sana. ceritanya bermula begini

zesssssss bunyi sms hp ku berbunyi (nada transformers), aku dgn mamai meraba hp ditepi bantal, membuka mata yg semakin mengecil melihat siapakah gerangan yg sms gua. Sapiq mlm jumaat tu bermalam di rumah gua. tido kat sebelah gua depan ruang tamu rumah. mlm tu kami bertiga iaitu gua, izwan dan sapiq sempat minum di perkarangan umah gua, sebab izwan nak antar brg2 makan seperti ayam, sosej dan daging burger utk barbe q kami nanti. Kami sempat makan char kew teow yg superb dan chill sambil berbual utk perkhemahan hari esoknya. Mizan merupakan seorang lg Team yg patut join, tak dtg opis ambik emergency leave, ada hal katanya. Izwan sempat call mizan utk beritahu camping hari esoknya, berjalan dgn lancar berkumpul dirumah gua d tasik selatan.

setelah semuanya settle, izwan pulang kerumah di Bukit Antarabangsa. aku dan sapiq melabuhkan badan yg agak kepenatan seharian bekerja. kembali kepada nada hp aku td
zesssssss bunyi sms hp ku berbunyi (nada transformers), from mizan gomok

aku baca dgn keadaan mata yg kuyu, tiba2 tak semena mena, mata yg kuyu terus segar apabila membaca mesej drpd Mizan. berbunyi begini "zul aku tak dapat nak join, korang gerak dulu, aku nak siapkan projek freelance aku, menjerit dah client aku nie, korang gerak dulu, aku menyusul kemudian, arahan aku dah text kat eizwan."

Darah aku terus bergerak ke kepala, WTF!!! aku kejutkan sapiq yg masih mamai2, ingin pinjam hpnya sebab gua dah habis kredit, aku agak kecewa la dgn nada sms yg berbau tidak menyenangkan dari mizan, sapiq pon sumer tak puas hati, sebab mizan sorang yg pernah p Janda Baik, kitaorang mana tau!!!

Gua terus menyalakan rokok stress!!!, gua call izwan tanya Mizan ada sms dia seperti yg aku dpt dari mizan, seperti yg dijangka izwan dgn tenang, kata kat gua Chill kita pergi bertiga dulu, takyah tension2, direction dah pon diberi oleh Mizan. gua pon rilex malas nak pikir, tunggu izwan dtg lepas solat jumaat.

Dlm pukul 2.15 hp aku sekali lg berbunyi, izwan call dah on the way ke BTS (Bdr Tasik Selatan), aku lega mendengarnya semua kelengkapan dah pon siap, sapiq tak bangun2 lg dr tido!! weii sapiq bangun la izwan dah nak smp, teriak aku dgn nada macho. Izwan smp mcm biasa memeriahkan suasana umah gua, sapiq masa tu br la nak mandi, settle semua brg dah letak dlm kete, kitaorang memulakan perjalanan ke Tesco Ampang, untuk beli keperluan yg masih belum lengkap, antaranya jaring utk barbe q, penyepit, sos barbe q, air jus utk melantak dikala kehausan ditengah jalan.















Nie pic pertama gua snap masa dlm kete Myvi Izwan, hiks thx kat izwan sebab bawak camera mak dia, so dptlah snap pic utk kenangan. gua pose mcm biasa control macho!! ahaks.















Ha nie pic dr belakang, yg bawak kete tu tuan punya kete izwan, yg sebelah kiri tu sapiq. ngah chill layan lagu, sambil berghumbira nak pegik camping!!!. Kami semua pakai baju kaler Merah!! ahaks.

Setelah barang2 dah beli kat Tesco Ampang, kami terpaksa singgah kat 7 eleven taman melawati untuk membeli ais batu dan sedkit kuih muih utk mengalas perut. Hampeh Tesco Ampang, ais batu pon takde! ahaks. kami meneruskan perjalanan dgn harapan Janda Baik akan memenuhi impian kami utk bermandi manda disana dgn hati yg gumbira. Sapiq menjadi pembaca mesej utk guide izwan ke janda baik. Kami smp di petronas Genting Sempah, sebentar utk buang air kecil, gua sempat menelefon Mizan sekadar bertanyakan guide ke Janda Baik dan pukul baper dia gerak dr umah utk menyusul kami bertiga.

Kami mengikut direction yg Mizan bagi, walaupon jalan masuk ke Kampung Janda Baik itu agak kecil dan bengkang bengkok, kami semua tetap chill dgn semangat meneruskan sehingga kami berjumpa kawasan sungai Janda Baik utk kami dirikan khemah. Tetapi tidak seperti yg diharapkan, penat lelah kami tidak berbaloi!!!, bahawa apa yg kami inginkan disana ternyata begitu meleset, smpnya kami disana, kelihatan kampung2 yg indah, suasana yg nyaman tetapi kawasan sungai yg cetek!!!, takde tempat camping yg begitu sempurna, byk budak2 kampung Mat2 Remps lepak plak, sekali lagik WTF!!!!!

Gua izwan dan sapiq, seakan terkedu dgn melihat keadaan sungai disana, sekali gus gua berkata,
"beb nie apa kebenda hutan camnie, nak camping kat mana? Environment tak hutan langsung, tempat nak camping pon takde!!!! WTF sekali lagik. "gua tak nak camping kat siniiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!, kawan2 sume setuju, sapiq call Mizan, sebab Mizan yg cadang p kat janda baik nie. Kami dgn kecewa terus memandu pecut keluar dari kawasan Janda Baik!!.
Tanpa membuang masa, aku terus cadang kat kawan2 p Ulu Yam!!!, jam masa tu menunjukan pukul 5.30 ptg!!!. Kami kesuntukan masa!!. gua smp sakit2 kepala, disebabkan jalan ke Janda Baik sgtlah mcm ular kena Palu!!!.

dlm setengah jam kami terus menuju ke ULU YAM SUGAI TUA, line hp mula hilang apabila kami menyusuri kedalam kawasan hutan lipur Ulu Yam. Kami bertiga risaukan Mizan, sebab plan dah tukar dan tak kopom nak camping kat area mana di Ulu Yam. Akhirnya hp sapiq berjaya dapat line di satu kawasan, gua call mizan dan bgtau kitaorang decide utk camping di P2 Sungai Tua, jumpa kami bertiga disana saja.

Langit mula mendung, ujan rintik2 mula membasahi kereta Myvi yg dipandu izwan. Hatiku keresahan memandangkan hari semakin gelap, hujan renyai2 semakin lebat. Smp sahaja di pintu masuk Sungai Tua. Kami bergegas mengeluarkan semua brg2 dr kereta.















Izwan dan sapiq bergegas mengeluarkan semua brg2 dr kereta dgn harapan kami sempat mencari tapak perkhemahan.

pukul 6.30 petang kami menyusuri masuk ke Sungai Tua, hari semakin gelap, hujan renyai td mula semakin lebat, akhirnya kami jumpa tapak perkhemahan yg sesuai, dgn tanpa membuang masa gua, izwan dan sapiq walaupon keletihan membawa barang2 yg sarat, digagah jua utk kami dirikan khemah secepat mungkin. Hari makin gelap, gua dan izwan bertungkus lumus dirikan khemah yg pertama, hujan mulai lebat!!!, bunyi cengkerik memecah ksunyian malam, disamping air hujan yg menitis menimpa daun daunan seolah memberikan satu irama buat kami utk bekerja lebih cepat!!. Beg2 basah sedikit, hujan lebat membasahi bumi, gua dan izwan sempat dirikan Khemah dan masukan semua beg2 kedalam khemah. Malagnya beg sapiq pulak agak lewat diselamatkan sebab dia asyik mendirikan khemah satu lg!. Sorry sapiq kitaorang memang kelam kabut!! masa tu ingat beg sendiri jer!!

Setelah bekerja keras kami berjaya mendirikan khemah, walaupon hari gelap dan hujan lebat!! syabas kawan2 ku ekekekekeekek. meh layan pic kat bawah nie jom.....















Gua dan sapiq baru naik dr sungai, basuh apa yg patut utk bakar barbe q.















gua ngan sapiq ngah masak barbe q, izwan tukang ambik gambo!!...mmm nyam..nyam















eizwan sambil pose menunggu daging burger masak, dgn perutnya berbunyi lagu Jason Marezz ahakss....















Izwan dan sapiq tengah meratah ayam barbe q sambil buat peace!!

Masa kitaorang ngah chill, lepak mkn barbe q nie, ada plak tetamu yg tak diundang dtg!! WTF!! lagik kesepuluh kali. Belalang PELESIT plak tiba2 dtg, terbang dtg kat lampu yg cahayanya yg terang menerangi kawasan khemah kami. adeh gua dah la geli dgn spesis nie, besau plak tu warna hijau!!....korang tau la spesis nie org buat apa kan. izwan dgn berani2 takut beliau menepis benda tu jauh dr khemah kitaorang, tp tak la jauh mana pon, ahaks still leh nampak benda tu kat area tikar kat khemah kitaorang. So gua buat tak tau jerla, layan sembang2 ngan budak2 nie, izwan first baring atas tikar yg kitaorang alas, penat or sakit pinggang agaknya,.....pastu gua pon tumpang sebelah baring, sambil nengok si sapiq bakar ayam.
Lepas sumer kenyang, melantak ahaks, sapiq suggest kitaorang tido satu khemah, memandang Mizan tak dpt dtg sebab ujan dan hari sudah pon gelap, Khemah satu lg memang dah basah lencun akibat hujan menerjah masuk!!. so kitaorang decided tido satu khemah jer. satu lg khemah letak brg2. Masa gua nak letak tikar kat dalam khemah, gua suluh ke arah tikar, tiba2
PELESIT, tu ada betul2 kat atas tikar masa gua baring tu!!!!, sial terkejut beruk gua ngan izwan!!!! WTF!! tul. Kali nie tak boleh jadik, gua suruh izwan tekup dgn cawan plastik, letak batu atas cawan plastik tuh, puas hati, (tak nak la bunuhkan), yg kelakarnya si izwan boleh pulak tersepak cawan plastik tuh, langsung terpijak belalang PELESIT tu, alamak terpenyek plak ahaks!!!,...terus kitaorang campak kat bara barbe-q jadiklah belalang barbe-q PELESIT hangusss!!!.

Siapkan khemah, bdn melekit lekit plak rasanya, apa lagik kitaorang terjun sungai la mandi!!, sejuknya smp ke tulang, hiks tp beshhh chilll...















Chill luar khemah....















Chill dlm khemah, si sapiq dah lebuh kepenatan masak barbe -q















Nie apahal plak nieh!!! weeii abg botak keletihan disamping ditemani sponge bob gua dijadikan alas utk tido ahaks. layannnnnnnn..........

Mlm tu langit cerah, cahaya bulan menerangi segenap ruang samar2 pokok, memperlihatkan bentuk yg begitu indah didalam hutan, kitaorang bakar barbe-q dua kali, disebabkan sapiq nak melantak buat kali kedua, gua ngan izwan mata memang dah rabak dah, disebabkan kawan diturutkanlah, menunggu sambil mkn sama smp kenyang tak hengat!!!....mata pedih, bdn penat, kaki lenguh....huh....zzzzzzzz semua tewas. jam 2 pagi.....nengok sapiq ngah isap rokok, tak bley tido katanya,...gua lelapkan mata kembali,....dlm 10 minit kemudian, dengar suara memangil namaku manja.....WTF!!!...zul temankan aku kencing, sapiq mengajak gua teman dia.....adeh gua tak larat, nak keluar,...suasana sejuk, izwan lena diulit intan, aku hanya menjengah teman sapiq membuang apa yg terbuku didalam seluarnya ahaks. kembali lena.....

10 pg Bunyi - bunyian burung berkicauan......wah segarnya....., izwan bingkas bangun kuar dr khemah, aku turutinya....mandi time!!!!.......................















Wahh indahnya diwaktu pg.....cantiknya nyamannya...keindahan Ciptaan Allah swt.















Nielah pemandangan rupa kawasan Khemah kitaorang waktu pg......















Wah cantiknya sungai nie........kecebur gua ngan izwan jer mandi, si sapiq berdengkur lg dlm khemah!! WTF tol...ahaks















Abg botak sempat pose pagi2 ahaks.....















Gua pose sambil chill isap rokok, menikmati keindahan alam..















Eizwan menggunakan skill menangkap gambarnya, didirect oleh gua ahaks disebalik rembunan rimba tajuknya....
Akhirnya setelah gua dan izwan mandi, kejutkan si sapiq bangun dlm pukul 12tgh masa tu...sapiq hanya basuh muka dan berus gigi, nak mandi sejuk katanya ahaks.















Pose terakhir sapiq (alejandro) , ala2 pose manja Ayu katanya...masih singgle mencari aweks yg cun buat peneman hidup, ekekekek bukan awek berjanggut ya! katanya. ahaks















Nie abang Panjang, or botak aka eizwan TMR, konon2 pose macho la tuh!!, pon masih singgle, suka chill ngan aweks2 cun sahaja....masih mencari jugak ahaks.















Last sekali gua la zul TMR, (joker) masih singgle jugak, dgn ucapan moga2 ada jodoh cepat insyaallah, ekekeek. Last shout thx izwan, sapiq, include Mizan (Miejan gomok) TMR, walaupon tak dpt join duit sumbangan rm30 ko kira burn hiks, nak buat camnokan, tp takpelah ada rezeki lain kita pegi sama2 lagik. adeh penat dah aku menaip, hope korang enjoy story aku yg panjang lebar nie ahaks. see ya next trip!!!

1 comments:

donnowattono said...

ulu yam.. pernah g skali jer tue pun mase sesi orintasi fakulti :D.. datang la gunung ledang, lgik bestt.. tmpat cantik, port pun best